Thursday, August 21, 2003

Kencing manis tidak terkawal, diri rasa tertekan

Assalamualaikum..
Puan doktor,
Saya mempunyai penyakit kencing manis hampir 5 tahun sejak saya berumur 18 tahun, sekarang umur saya menjangkau 23 tahun.
Dalam keadaan ini saya begitu tertekan dengan penyakit ini kerana sedikit sebanyak telah mengganggu kosentrasi saya terhadap persekitaran contohnya saya tidak boleh terlalu letih dalam bekerja.Di samping itu saya juga kerapkali terasa sengal2 di seluruh badan, selain terasa gatal di bhgn kemaluan. Adakah ini juga disebabkan tekanan yg tuan/puan maksudkan?
Saya mahu diri ini kuat menghadapi segalanya. saya juga mahu berjaya seperti org lain dan tidak mahu menjadi org yg mensiakan masa depannya, bolehkah tuan/puan memberi sedikit tips untuk saya cuba ikuti , mudah2an apa yg diberikan mampu untuk mengubah nasib diri ini.
Sekian, semoga sumbangan anda terus lekat dihati insan yg memerlukan..
NORIS..
Jawapan:

Saudari Noris yang di rahmati Allah,
Apa yang Noris alami adalah berpunca pada jangkitan fungus yang sering menyerang orang yang mendapat kencing manis. Jangkitan candidiasis mempunyai kesemua gejala yang Noris sebut.Selain dari ini, mungkin juga jika ubat terlebih , boleh juga mendapat keletihan. Ini bererti anda perlu menceritakan perkara-perkara ini kepada Dr anda untuk mendapatkan rawatan.Rawatan candida selain dari pil anti fungal termasuk mengubah cara makan supaya karbohidrat yang dimakan adalah dari *complex carbohydrates" bererti buah berserat, tepung whole meal dan beras wholemeal seperti Somali , elak buah berkanji seperti pisang dan betik, elak juga kueh muah dan minuman bergula. Pembuangan air besar perlu lawas.Tekanan emosi anda boleh timbul dari keadaan kesihatan yang sebegini tetapi berlapang dada serta berusaha untuk membaikki kesihatan anda melalui mengubah cara makan serta sikap anda Insya Allah akan berhasil. WassalamDr Suriya Osman (Kak Su)
http://suriya56.crosswinds.net/

No comments: