Friday, September 17, 2004

Penikahan setelah mengandung????

Assalamu'alaikum wr.wb.

Saya nak tahu lebih lanjut tentang pernikahan perempuan yang sedang mengandung. Ada kah sah,Pernikahan ni dibuat sebab keterlanjuran, mengandung diluar nikah. Apa yang selalu diamalkan untuk mengelak kan malu pasangan tersebut dikahwin kan saja. Pada pengetahuan saya hanya mazhab Hanafi dan mazhab Shafie sahaja yang mengatakan pernikahan (perempuan mengandung) tu sah. Saya nak tau lebih lanjut juga komen dari saudari.
Terima kasih. One - Sya

Jawapan:
Untuk menjawab persoalan yang diajukan, insya Allah saya cuba mengemukakan pandangan ulamak pelbeagai mazhab serta dalil-dalil mereka. Pandangan ini saya ambil berdasarkan petikan yang dibuat oleh Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya 'Al-Mufassol fi Ahkam Al-Mar-ati', jilid 6, m.s.316 - 318, Muassasah al-Risalah, Beirut, cetakan ke 3, 1417/1997.
1. Mazhab Hanafi: Harus berkahwin dengan perempuan yang mengandung (kerana berzina) sebelum dia melahirkan anak yang dikandungnya itu. Tetapi suami tidak boleh menyetubuhinya selagi dia belum bersalin berdasarkan hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyiramkan airnya di atas tanaman orang lain". Fatwa ini adalah merupakan pendapat Imam Abu Hanifah sendiri.
2. Mazhab Syafi'e: Seseorang wanita yang berzina, harus dinikahi oleh lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain jika dia tidak mengandung. Jika dia mengandung, maka makruh berkahwin dengannya sebelum dia melahirkan anaknya.
3. Mazhab Maliki: Imam Malik berkata: "Tidak harus berkahwin dengan wanita yang hamil kerana zina sehingga dia melahirkan anaknya. Jika dia tidak mengandung, tidak harus berkahwin dengannya sehingga habis iddahnya selama tiga kali suci. (Pada pendapat Mazhab Maliki, perempuan yang berzina mesti beriddah, iaitu selepas berzina, dia mesti tunggu selama 3 kali suci daripada haidh jika tidak mengandung. Selepas itu barulah halal baginya untuk berkahwin)
4. Mazhab Hanbali: Tidak harus berkahwin dengan perempuan yang berzina sebelum dia bertaubat dan habis iddahnya. Maka jika dia mengandung, tidak harus baginya berkahwin sebelum anaknya lahir. Dalil mereka ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyiramkan airnya di atas tanaman orang lain". Hadis ini melarang seseorang lelaki bersetubuh dengan perempuan yang hamil. Dalam hadis lain yang diriwayatkan dari Sa'ieed bin Al-Musayyab: Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita. Apabila dia menidurinya, didapati wanita itu telah mengandung. Maka dia mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Lalu Baginda memisahkan mereka berdua. Wanita itu diberikan maskahwinnya dan disebat 100 kali.
Kesimpulan Mazhab Hanbali, wanita yang berzina tidak boleh berkahwin sama ada dengan lelaki yang telah berzina dengannya atau lelaki lain sehingga habis iddahnya.
Setelah mengemukakan pendapat Mazhab yang empat dan mazhab-mazhab lain, Dr. Abdul Karim berpendapat, fatwa yang paling rajih (paling kukuh dalilnya) ialah Fatwa yang dipegang oleh Mazhab Hanbali dan yang sealiran dengannya. Katanya: Kebersihan rahim adalah satu kemestian. Percampuran benih dan nasab mesti dielakkan. Hadis-hadis serta athar yang diriwayatkan juga menyokong pendapat ini. Allahu A'lam.

3 comments:

Anonymous said...

Dalam hal ini nampaknya wanita sahaja yang menerima hukuman sama ada disebat atau mesti menunggu beberapa kali suci dan sebagainya sebelum berkahwin. Bagaimana pula dengan lelaki yang berzina? Adakah dia bebas berkahwin bila-bila masa sahaja tanpa apa-apa bentuk penantian (walaupun tidak dapat menunggu waktu berapa kali 'suci' mungkin boleh menunggu beberapa bulan?). Dan tentunya lelaki yang berzina juga wajib disebat 100 kali jika belum berkahwin dan direjam dengan batu jika sudah berkahwin, tetapi bagaimana menentukan lelaki itu sudah berzina? Berapa ramai lelaki pengecut di Timur Tengah yang takut mengakui berzina dengan teman wanitanya yang telah ditangkap (kerana pihak berkuasa mendapatinya mengandung tanpa nikah) dan bakal direjam? Selain itu, mengandung juga dijadikan qarinah yang mengatakan bahawa wanita yang mengandung itu telah berzina dan patut dihukum (seperti dalam Enakmen Hudud Kelantan). Bagaimana jika wanita itu mengandung kerana dirogol dan dia tidak dapat membuktikan bahawa dirinya dirogol kerana ketiadaan saksi?

Anonymous said...

kalau tak ada saksi, tak ada la hukuman..

ingatlah kalian.. islam itu mudah, jgn dipersusahkan.

islam itu fitrah, bukan kekejaman.

terimalah islam dengan patuh dan tunduk..

kerana islam itu sendiri maksudnya patuh dan tunduk..

Anonymous said...

Salam....
Saya ingin mengutarakan satu PERSOALAN DAN PENDAPAT. Khususnya persoalan 'anak zina' yg diharamkan pem-BIN-nanya kpd 'bapa' benih anak tadi. Yang saya musykilkan ialah, KENAPA TIDAK BOLEH? APAKAH KAEDAH/DALIL2 YG TELAH DIGUNAKAN OLEH ULAMA2 BERIBU TAHUN DAHULU UNTUK MEMBUAT IJTIHAD TERHADAP PERSOALAN INI? Saya musykil kerana, pd satu ketika dahulu, Para ULAMA mengeluarkan fatwa bhwa, anak yg lahir melalui kaedah tabung uji TIDAK SAH! Tapi, apabila saintis menerangkan kaedah dan punca benih pasangan, para ULAMA menghalalkan! Jadi, apabila difikirkan, saya mengesyorkan para ulama untuk memikirkan/menyelidik semula hukum di atas. SEBAB...teknologi sekrg telah mampu mengenali/mengesahkan pemilik benih/baka seseorg melalui kaedah DNA TEST. Saya percaya, dgn kaedah ini, nasib bayi 'tidak sah' yg lahir dan wanita yg melahirkanya akan lebih terbela dan pesalah/ lelaki dapat diadili dgn tegas. Wallahu'alam....