Friday, March 17, 2006

Suami curang tak tahu tujuan berumah tangga

Bicara Kalbu: Suami curang tak tahu tujuan berumah tangga

ADAKAH dalam Islam mempunyai istilah suami curang? Jika ada, apakah hukumnya suami mempunyai hubungan cinta dan perempuan lain dan mengabaikan tanggungjawab untuk menyayangi isteri dan lebih menyayangi kekasihnya serta menunjuk dia amat menyayangi kekasihnya dan menyakiti hati isteri seperti menunjukkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan segala yang berkaitan dengan kekasihnya. Apakah pula hukum seorang perempuan yang mempunyai hubungan cinta dengan suami orang?

Puan Tiramisu
Subang Jaya

Persoalan yang dihadapi oleh puan adalah gejala betapa sesetengah suami atau isteri tidak memahami tujuan berumahtangga di dalam Islam pada hari ini.

Tujuan mendirikan rumah tangga di dalam Islam ialah agar kedua-dua suami dan isteri memperoleh ketenangan di antara satu dengan lain. Malah perkahwinan adalah keperluan fitrah (semula jadi) untuk seseorang lelaki dan wanita meluahkan kasih-sayang dan belas ihsan di antara satu sama lain.

Perkahwinan juga akan melengkapkan agama (penghayatan agama) seseorang sebagaimana sabda junjungan”'Apabila berkahwin maka lengkaplah separuh dari agamanya, maka hendaklah ia bertakwa dalam separuh lagi”.

Perkahwinan adalah institusi suci yang tidak boleh dicemari dengan sebarang bentuk perbuatan yang tidak jujur terhadap pasangan masing-masing. Perbuatan suami puan yang berbangga mempunyai 'kekasih' yang lain jelas adalah satu bentuk kecurangan yang sangat keji. Beliau melakukan dosa besar dan perbuatannya itu boleh dianggap sebagai menghampiri zina. Firman Allah dalam al-Quran 'Jauhilah zina, sesungguhnya ia amat keji dan seburuk-buruk jalan"

Pujuk suami puan supaya meninggalkan perbuatannya itu. Tidakkah dia berasa malu dengan puan dan dengan anak-anak? Tidakkah dia memikirkan kesan perbuatannya itu terhadap puan dan jiwa anak-anak? Tidakkah dia memikirkan kesan perbuatannya itu terhadap harga dirinya sendiri sebagai seorang suami?

Penyelesaian jangka panjang kepada kemelut ini ialah suami mesti berusaha mempertingkatkan kefahaman tentang hubungan suami-isteri di dalam Islam. Apakah hak dan tanggungjawab seorang suami dan seorang isteri demi memastikan rumah tangga mendapat rahmat dan penuh dengan sakinah (kebahagiaan) sebagaimana yang dijamin di dalam Al-Quran.

Hukum bagi suami atau isteri yang menjalin hubungan dengan orang lain adalah sama iaitu tetap berdosa kepada Allah, kepada pasangan dan kepada anak.

# Dr Hafidzi Mohd Noor, Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Serdang.

21 comments:

Anonymous said...

Dr, saya ada kemuskilan tentang "Hukum bagi suami atau isteri yang menjalin hubungan..."


apakah ia bermaksud suami atau isteri tetap dianggap berdosa jika menjalinkan hubungan persahabatan dengan wanita/lelaki?

Anonymous said...

Suami curang isteri pun curang

gelaja ini terjadi kerana kerapuhan sekeping hati. rapuh pada keimanan sebagai seorang islam.rapuh dengan godaan syaitan .

sebagai suami/isteri yg menerajui institusi kekeluargaan fikirkan dan bayangkan generasi/keturunan anda selepas ini jika anda seorang suami atau isteri yang curang..

Anonymous said...

Secara peribadinya saya merasakan sebagai seorang wanita kita harus bersedia untuk menerima apa yang berlaku selepas mendirikan rumah tangga, paling menyedihkan apabila ada orang ketiga di dalam hubungan anda dengan suami. suami yang baik adalah suami yang bertanggungjawab dgn si isteri dan anak-anak. mungkin ada sebab suami mempunyai kekasih lain. mungkin ketidakpersefahaman,cara layanan anda terhadapnya, ataupun si suami mendapat sepenuh perhatian terhadap kekasihnya. ada segelintir suami amat menyayangi isteri serta anak-anak mereka tetapi masih mempunyai kekasih.sifat lelaki sukar diduga, walaupun kita sebagai si isteri melakukan yang terbaik untuk si suami, kadang-kala mereka buta dengan segala pengorbanan si isteri untuk kebaikan keluarga. namun kita sebagai isteri hanya mampu mengawal keadaan, bersabar atau cuba berbincang untuk mengembalikan keadaan sedia-kala. namun seandainya tidak berjaya, apalah salah berkongsi kasih bersama orang lain demi mengelakkan kepincangan rumah tangga, kemaksiatan dan sebagainya tetapi berdasarkan kemampuan si suami dari segi zahir dan batin. pada pendapat saya, wanita yang bercinta dengan suami orang adalah wanita yang suka terhadap lelaki matang, berkerjaya,mudah memahami dirinya dan juga kurang kasih sayang. suami orang biasanya tenang dan memberi motivasi terhadap dirinya. golongan wanita ini tidak begitu suka dengan orang muda disebabkan masing-masing baru meningkat dewasa, kerap menimbulkan pergaduhan, lebih kepada keseronokkan dan sebagainya. kita boleh lihat anak muda sekarang baru sahaja bercinta sudah memikirkan untuk berkahwin, namun perubahn mula berlaku selepas berkahwin apabila tiada fasiliti yang sempurna untuk keluarga apatah lagi yang tinggal di bandar yang memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. apabila tidak mampu bertahan mulalah berlaku penceraian dan sebagainya.perempuan semakin ramai, berpendidikan dan lebih berfikiran terbuka.ada dikalangan wanita yang bersedia untuk menjadi yang ke-2,ke-3 atau ke-4.segala jodoh, pertemuan dan ajal Allah SWT yang tentukan.sebenarnya menjadi kekasih suami orang atau isteri ke-2/3/4 bukanlah semua layak berada ditempat itu,mereka sebenarnya terpaksa menahan pahit dan manis untuk bersama kekasih mereka yang telah berkeluarga, memberi peluang kekasihnya menunaikan tanggungjawabnya di rumah dan sebagainya.walaupun tersenyum,tersembunyi keperitan. kadang-kala saya akui kekasihnya suami orang memang berasa amat selesa bersama mereka kerana memahami..apabila si suami membuat keputusan untuk berkahwin lain, si isteri mula melenting,menuntut hak,meminta penceraian dan sebagainya membuatkan si suami terpaksa melepaskan kekasihnya demi kebahagiaan rumahtangganya.bagaimana pula dengan nasib kekasihnya?makan hati seumur hidup atau mencari pasangan bujang atau duda?walaupun bercinta dengan suami orang satu kesilapan besar,namun fenomena ini berlaku di mana-mana..

Anonymous said...

saya setuju dgn comment yana. saya kenal akan seorang lelaki yg mengadu hal pada rakan2nya yg isterinya malas mandi dan tidak menjaga kebersihan dirinya. walaupun suami itu sudah berkali2 berpesan pada isterinya supaya menjaga kebersihan diri. bukan itu saja, isterinya juga tidak dapat menjalankan aktiviti2 bersama-sama suami kerana cacat penglihatan (separuh buta). banyak masa isterinya dihabiskan melayan ibunya yg dah tua dan anak lelaki hasil dari perkahwinan pertamanya. isterinya juga tidak dapat melahirkan zuriat untuknya lagi kerana rahimnya terpaksa dibuang selepas 6 bulan mereka berkahwin. walaupun mereka berdua sudah berumur, dah sudah 9 tahun berkahwin, tiada wujud kasih sayang diantara mereka. dalam kes macam ini, tidak hairan jika suami anda cari perempuan lain. jangan terkejut jika dia kahwin lain dan terus ceraikan isteri yg macam itu. jadi wahai isteri, jagalah kebersihan diri dan pandai2 lah melayan suami anda!

Anonymous said...

saya pun menghadapi masalah yang sama..saya sedang berkawan dengan suami orang tapi hubungan kami rahsia kerana dia sangat sayangkan isterinya..katanya dia tak ada apa2 masalah dengan isterinya..tapi kenapa dia terus berkawan dengan saya??saya nak tinggalkan dia tapi rasa terlalu sayang walaupun saya sedar hakikat kami takkan bersama..apa harus saya buat???

Anonymous said...

KENAPA SEMAKIN RAMAI PEMIKIR AGAMA MENINGGALKAN TUDUNG LABUH DAN JUBAH. KENAPA TELAH MULA BERJINAK2 DENGAN SELUAR KETAT DSG. MALAH MEMBIARKAN ANAK PEREMPUAN KANDUNG KITA MEMAKAI SELUAR JEANS KETAT DAN BAJU SENDAT

TINGGALKAN JEANS . JUANGKAN BAJU KURUNG DAN JUBAH. PAKAILAH TUDUNG YANG MENUTUPI DADA ATAU TUDUNG BULAT.

LELAKI TIDAK GHAIRAH PADA RAMBUT WANITA TAPI MEREKA GHAIRAH PADA BENTUK TUBUH BADAN WANITA

KAMI MERAYU BANGUNLAH WAHAI JEMAAH2 ISLAM SEDUNIA. KITA SUDAH SEMAKIN LEMAH. KERANA KITA BIARKAN KAUM KITA BEBAS BERGAUL

Anonymous said...

This is very interesting site... »

Anonymous said...

What a great site » » »

Anonymous said...

Best regards from NY! » »

Anonymous said...

oh gosh. my colleague has a long term affair with a married man. this man refused to marry her although she is willing to be no.2. but she loves him very much. and he layans her although no promises of the future. they go out whenever they can. they have even stayed overnight at hotels. i told my friend to forget him but she said it's not easy to lose the love and to find another person to love. she said she doesn't mind to be the second person in his life and will wait until he realizes it's better to marry her as the second wife. i really don't understand it all. the man has no marriage problems with the wife - they seem to be happily married. both sucessful in their careers. but yet, the man wants t have a girlfriend. and also my friend doesn't mind aall that. ish ish ish

Anonymous said...

he is just using her for his own needs. He is not genuine. She ought to think of her future too. Believe me if he wanted her he would have married her by now. He is playing safe and he has much to lose if his wife found out. Go out and make more friends.

Anonymous said...

Wanita berontak buat hidup lelaki berpoligami tiada keberkatan
Oleh Abdullah Ngah (Berita Harian, 21 Ogos 2007)


KITA sering mendengar perkataan ‘rampas suami orang’. Perkataan ini keluar daripada mulut perempuan yang suaminya berkahwin seorang lagi. Rampas suami orang atau ambil suami orang lain masih ada yang mempertikaikannya kerana setiap lelaki bukan hak milik seorang perempuan, kecuali perempuan yang sememangnya hak milik seorang lelaki saja.

Apakah benar perempuan berkahwin dengan lelaki yang sudah mempunyai isteri itu hak orang, sedangkan setiap lelaki diharuskan oleh syarak berkahwin lebih daripada satu, tetapi tidak melebihi empat orang.




Lain halnya jika perempuan yang sudah bersuami. Mereka itu adalah hak milik seorang lelaki saja dalam satu masa. Perempuan dilarang untuk memiliki dua suami pada satu-satu masa, manakala lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu (poligami) dalam satu-satu masa jika mereka mampu zahir dan batin.

Seperti firman Allah bermaksud: “Maka kahwinlah perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat”. Allah mengingatkan setiap lelaki, tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil, hendaklah satu saja”.

Persoalan sekarang mengapa hampir seratus peratus perempuan mendakwa suami mereka hak milik mereka seorang dan tidak boleh dimiliki dua tiga atau empat perempuan? Pada hal suaminya bukan hak milik mereka seorang.

Barangkali salah faham inilah yang membuat kebanyakan perempuan sangat marah apabila suaminya berkahwin seorang lagi dan mendakwa perempuan berkahwin dengan suami mereka sebagai ‘merampas suami orang’.

Allah menyatakan lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu jika mereka mampu zahir dan batin serta sanggup berlaku adil terhadap isterinya.

Rasulullah memberitahu kita “suami yang baik ialah lelaki yang baik pergaulannya dengan keluarganya dan aku adalah yang paling baik di antara kamu”.

Yang menyedihkan kita hari ini lelaki yang baik ialah lelaki yang mengamalkan monogami iaitu tidak berkahwin lebih daripada satu. Inilah suami yang baik, walaupun mereka itu menyimpan perempuan simpanan.

Satu perkara lagi lelaki yang sememangnya baik dengan keluarga, apabila ditakdirkan Allah berkahwin seorang lagi, mereka itu dianggap baik selama ini sudah dituduh sebagai ‘jahat’ kerana menduakan isteri, manakala perempuan yang jadi isteri kedua itu dituduh merampas suami orang dan sejahat-jahat perempuan.

Bayangkan lelaki menjadi suaminya selama empat puluh tahun dan baik perangainya tiba-tiba dicap jahat kerana berkahwin lain. Lelaki tadi dituduh jahat. Benarkah lelaki itu jahat orangnya, sedangkan kehidupan berumahtangga itu diibaratkan sebagai bahtera mengharungi lautan bergelora dan perlu dikendalikan dengan bijaksana.

Allah memilih lelaki untuk menjadi pentadbir keluarga, manakala perempuan sama sekali dilarang menjadi ketua rumah tangga, iaitu menolak kekuasaan lelaki seperti dinyatakan oleh Allah menerusi firmannya bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap perempuan salih kerana Allah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan dan juga kerana orang lelaki membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka, perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya.” (surah An-Nisaa’ ayat 34).

Adalah tidak sepatutnya seorang perempuan memarahi suami berkahwin seorang lagi, jika mereka mampu zahir dan batin, kerana marah atau tidak membenarkan suami berpoligami bererti isteri sudah derhaka dan masuk campur dalam perkara dibenarkan syarak.

Atas sebab itulah setiap lelaki berpoligami tidak mendapat keberkatan dan jauh sekali mendapat pemeliharaan dan pertolongan Allah, sebaliknya rumah tangga yang bahagia selama ini mudah hancur dan runtuh.

Tidak dinafikan perempuan memiliki sifat kasar dan mementingkan diri sendiri serta mempunyai dua unsur iaitu baik dan jahat, lemah dan kuat, lembut dan keras dan kena ingat dengan perintah Allah “mesti taat kepada suami masing-masing”.

Sifat ini jugalah membuat perempuan memberontak apabila mendapati suaminya berkahwin satu lagi, tanpa menyedari itu adalah hak setiap lelaki yang mampu zahir dan batin dan isteri sama sekali tidak boleh masuk campur kerana setiap lelaki berkahwin lebih daripada satu itu berupaya berlaku adil dengan pertolongan Allah.

Islam memberi kelebihan kepada lelaki untuk memberi perangsang dan mendisiplinkan isteri daripada bersikap boleh mendatangkan kesan yang baik kepada kehidupan rumah tangga iaitu menerusi ‘akhlak yang mulia’.

Anonymous said...

mencari jawapan bagi soalan yg tak pernah terjawab. kenapa berscandal walaupun dah berkahwin? tanya diri sendiri jika anda wanita, adakah ciri2 anda sebagai isteri masih sama seperti anda bercinta dengan suami anda dahulu sblm berkahwin? tanya suami kenapa isteri anda curang???? soalan yang sama dan akan selalu mcm tu apa yg membuatkan pasangan kita scandal.... kita manusia sbg umat islam tahu dosa pahala, tak payah bersyarah pasal hukum hakam, maruah, keturunan etc. tanya diri sendiri kenapa pasangan carik lain....

sya said...

mmm...wahai lelaki dan suami orang, bukan setiap wanita atau isteri tidak tahu akan hukum hakam yg lelaki bole berpoligami....mereka tahu akan hakikat itu, cuma adakah perasaan untuk menerima sesuatu yang disayangi untuk berkongsi dengan insan lain...itu mudah...tidak mudah disangkakan.

Bukan mudah untuk mereka menerima kenyataan dan isteri juga ada perasaan sedih bila dimadukan. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui akan rasanyea...amat pedih. Sebab itu lah..susah untuk menerimanyea.
Tetapi setiap insan yang bernama isteri dan wanita ini redha akan ketentuan tuhan.Mngkin mudah bagi lelaki atau insan yang bernama suami...tetapi tidak pada isteri..

Anonymous said...

Kenapa ada suami yang sanggup mengaku tak kawin lagi dan mengorat anak dara org?

Anonymous said...

Yes indeed, in some moments I can bruit about that I jibe consent to with you, but you may be making allowance for other options.
to the article there is even now a question as you did in the downgrade publication of this solicitation www.google.com/ie?as_q=babylon pro 7.0.1.4 ?
I noticed the utter you suffer with not used. Or you functioning the dark methods of inspiriting of the resource. I have a week and do necheg

Anonymous said...

saya ada mslh yg lebih kurang sama..suami sy seorg yg baik.tp dlm msa yg sama dia berkawan ngn rmai perempuan..sy tau dia sygkn sy tp sy xfhm knp dia msh lagi nk berkenalan dgn p'puan lain.hati sy amat terluka nmun dia xnk mmahaminya n anggap smua tu sbg 1 mainan smta2 n xperlu d anggap serius...

Anonymous said...

suami blh berkahwin lain jika dia berlaku adil ngan istri... adil tu bkn bermaksud mnjga mkn n mnm jgk ttpi blaian penjagaan anak2, hati istri.. kbnyakakn org skrg dah slh anggap dgn fakta suami blh berkahwin lbh dri 1... cb fkir bl suami tu kahwin lbh dri 1 adakah dia blh adil dgn istrinya? hati istri,nfkah, atau ape2 aja...

kadang-kala saya akui kekasihnya suami orang memang berasa amat selesa bersama mereka kerana memahami..apabila si suami membuat keputusan untuk berkahwin lain, si isteri mula melenting,menuntut hak,meminta penceraian dan sebagainya membuatkan si suami terpaksa melepaskan kekasihnya demi kebahagiaan rumahtangganya.bagaimana pula dengan nasib kekasihnya?makan hati seumur hidup atau mencari pasangan bujang atau duda?walaupun bercinta dengan suami orang satu kesilapan besar,namun fenomena ini berlaku di mana-mana..petikan dari yana..
adakah kekasih suami tu fikir camne nasib istri suami tu? nsib anak2nya? mgkn mdh bg wnita bjg... mengatakan bersedia mnjdi isteri k2 k3 n k4... tp tak mdh bg istri tu nak menerima pmpn lain jika dirinya pn sllu terabai... istri mmg kn trima kkurangan suami ingin khwin lain ttpi suami jga kn trima kkurangan istri... kalau istri tak blh hmil lg krna rhim kn buang bkn slh istri... bkn khndak dia ingin rhim dbuang... stiap istri ingin anak lgi...

wahai wnita bjg... fkirlah.. apa yg akan jdi jika anda ingin berkahwin dgn suami org.. fikirlah apa nasib anak2 suami org tu... fikir adakah ank2 dia akan bhgia? istri dia akan bhgia? jika kksih anda tidak memilih anda sbg istri k2nya anda kn trma dgn hti yg terbuka... mmg bkn sng utk mnrma tp fikir jika kksh anda mncraikan istrinya smta2 utk anda,utk mmbina khdpan bru bersama anda, anda tntu mnggung dosa krna mrnthkan rmhtgga org lain... takkan ada istri yg blh trma jika suaminya ingin khwin lain... lmbt atau cpat pasti pncraian akan berlaku....
bgi suami pula... hrgailah isteri anda... jika anda x ska prbuatan istri anda tgurlah dia dgn prkataan yg lmbut...jgn la dfkir ingin mnduakan istri... istri yg sggp ssh n sng bersama anda... anda hrus mnerima kkrangan isteri anda. berkhwin 2,3 atau 4 mgkn sng untuk anda tp sblm khwin mmpukah anda adil dgn istri2 anda nnti.. ksh syg kn adil,jgn fkir mmpu adil sex je.. fkir mmpukah anda adil semuanya brsama istri2 anda... jika mmpu anda mmg blh brkhwin lain tp jika tak mmpu lbh baik anda jgn kwin lain.. klau kwin anda hnya akan mnmbahkan dosa anda.. n jika istri p1 mmbuat zina dgn llki lain anda yg akan mnggung dosanya...
bg si istri pula. knlah jg kbrsihan dri.. ksh syg kat suamii jgnlah berkurangan... jgn krna ank anda tak bg perhtian kat suami...
jadi bg semua fikir2lah...

nur said...

hmmm.. saya pun ada pengalaman sama, suami saya curang semasa saya berpantang melahirkan anaknya.. sebelum ni saya layan suami bagai PUTRA RAJA, makan minum, pakai keperluan batin semua saya jaga, maruah suami yang pertama.. saya rela lupakan cita2 melanjutkan pelajaran, berhenti kerja semata-mata mahu menjalankan perniagaan bersama suami, sanggup kehulu kehilir mengetepikan malu meminjam untuk di buat modal permulaan ..
sedih saya, apalagi bila mengetahui kekasihnya adalah pelanggan tetap restoren kami dan dia pun tahu saya sedang berpantang..
saya tak tahu apa perasaan pPuan tu.. dia salahkan suami saya tapi x nak tinggalkan suami saya, sampaikan sanggup datang serang saya kat rumah seolah-olah saya yang bersalah.. seolah-olah saya dan anak2 sepatutnya meninggalkan suami kerana mereka adalah cinta sejati.. lebih meluluhkan hati saya dia mengaku mereka selalu terlanjur.. suami selalu menafikan, tapi call log diorg slalu contek x kira masa.. saya selalu tertekan apa salah saya, saya tahu saya banyak kekurangan tidak lari dari kesilapan tapi kenapa tidak berbincang dan saling melengkapi, sedangkan selama ni adA banyak ruang untuk memperbetulkan kesilapan..
kdg2 saya rasa spt boneka dipermainkan oleh suami sendiri..

Anonymous said...

Saya seorang lelaki & suami, saya tak paham istilah curang bagi seorang suami ni..sedangkan lelaki boleh berkhawin 234, mana mungkin boleh kahwin seramai itu kalau tak kenal hati budi dulu, jadi istilah curang sebenar tiada dalam islam, malah bagi saya ia direka oleh orang bukan islam kerana mereka tiada kelebihan itu berbanding islam..natijahnya Allah S.W.T lebih mengetahui ciptaannya..dan tiada siapa yang boleh menghalang ketetuannya..kaum Hawa..menjadi tersinggung akibat daripada egonya yang tercalar sudah pasti ia marah dan kecewa..bagi kaum Hawa seolah2 si suaminya itu adalah hak miliknya yang kekal..sedangkan apabila suami itu jatuh, tidak berwang mahupun kurang bersemangat mahupun buntu..terus si isteri mengherdiknya dan kata2nya tidak dihormati lagi..

m said...

pada mulanya mak saya mengesyaki ayah curang , dia tidak mengaku sebb dia selalu keluar dengan satu pompuan ni, jiran satu taman, beberapa cikgu skolah saya,kawan smua nampak dia keluar dgn perempuan dlm satu kereta.makin lama makin menjadi, kelaur tiap malam,marah bila minta duit dapur,duit belanja anak tk bagi (nasib sya n adik dulu ada bantuan sekolah). mak ku jumpa laknat tu suh dia kahwin tpi dia tk nak, sya tk suka pun bpak ku kahwin 2 sebb nk menyara keluarga sendiri pun tk boleh, tpi nk tutup mulut orang yg mengta ni (ada org tnya kat maK"sorry yan, encik N tu kahwin lain ye, bukan ape ramai nampk dia keluar dgn pompuan tu" sapa tk malu).cikgu kounseling adik pun cuba nasihat dia selepas dia mengadu stress

tahun ni pun dah 3 kali gaduh pasal duit, sebelum ni(2015) melutut kt mak nk pinjam duit bayar sewa kedai rm8000 yg trtunggak . pesara kerja MAS airline tpi duit lesap ke mana(sebelum ni ada isteri lain sebelum mak saya cerai tapi sebb curang)

ingat anak tk terjaga dosa encik?puan sekalian bawa ke kubur. ingat ada tuhan sedang melihat, saya mohon pembaca dilindungi n saya doa sya tk ikuti perangai ayah saya