Friday, April 23, 2010

KHAS UNTUK WANITA: PENGHAYATAN SOLAT

KHAS UNTUK WANITA
Program Istimewa
PENGAHAYATAN SOLAT

bersama
¨ # Ustz Maznah Bt Daud (Penceramah Jemputan IKIM)

# Ustz Shahidah Bt Sheikh Ahmad(Penceramah Surau & Masjid sekitar JB )

Tarikh:
2 Mei 2010 (Ahad)

Masa:
8:30pg - 4:30 ptg

Tempat:
Surau An-Nur, Jln Sejahtera 17,Tmn Desa Skudai

Anjuran:
WANITA JIM JOHOR & HELWA SURAU AN-NUR
YURAN:
RM 10.00

PENDAFTARAN :
Hubungi Dr Siti Zaiton : 019-7726248

“ …Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.. Surah Al-Ankabut: 45

BEST IKUT NABI


KELAB AULAD JIM AMPANG JAYA
NADI ASYBAL
JOM ke program

BEST IKUT NABI !!

Hari:
AHAD
Tarikh:
25 APRIL 2010
Masa:
2.30 pm - 5.30 pm
Tempat:
TADIKA AMAL KERAMAT PERMAI/PADANG PERMAINAN
Jangan lupa, bawa! RM 3
pastikannn.. .. DATANG, JANGAN X DATANG!!

ibubapa yang di hormati... JANGAN LEPASKAN PELUANG INI, SATU USAHA MELENTUR REBUNG SEBELUM MENJADI BULUH....... .........

Wednesday, April 14, 2010

EKSPRESI REMAJA AMBANG IPT 2010

EKSPRESI REMAJA AMBANG IPT 2010
-- ERAT '10 --
(a.k.a EMI)
TARIKH (HARI):
22 APRIL - 25 APRIL 2010 (KHAMIS - AHAD)
LOKASI:
SEKITAR LEMBAH KLANG
ANJURAN:
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) & KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)
YURAN:
RM45

Penyertaan:
Lepasan SPM, STPM, STAM 2009 dan lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran 2009/2010 serata tanahair
Antara SLOT pengisian menarik yang bakal menemui anda:
Ayuh Mesra Yuk! Kenali Diri Mu Langkah Menuju Jaya Career Talk Jejak Kerjaya Idaman Atas Nama Cinta Resipi Sukses Mahasiswa Cemerlang Memorizing Technique Tafakur Alam Rimba! Latihan Dinamika Kumpulan Halaqah Ilmiah Nyalaan Ukhuwwah dan banyak lagi!
Sebarang Info boleh hubungi:
KHAIRUL FADHLI ISMAIL
013-3554342 / 03-41089669
PEGAWAI EKSEKUTIF JIM IPT PUSAT
TIMBALAN PRESIDEN KARISMA NASIONAL 2010
atau
HAFIZ BAI
019-7517051 / 03-41089669
PEGAWAI EKSEKUTIF JK PEMBANGUNAN REMAJA
Daftarkan anak-anak anda ke program ini.....

Tuesday, March 16, 2010

MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH 2010





MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH (MARS) 2010
OBJEKTIF MARS 2010:
  1. Menjana dana bagi pengurusan & pembangunan Raudhatus Sakinah seluruh Malaysia
  2. Menjalinkan networking dengan pihak-pihak yang disasarkan
  3. Menekankan keperluan amr ma'ruf nahi mungkar dipertingkatkan dalam masyarakat
  4. Menyedarkan tanggungjawab serta menghargai peranan lelaki yang menjadi pelindung kepada maruah wanita

TEMA:
(Lelaki Pelindung Wanita)-

diambil daripada Surah An-Nisa':34-

TARIKH:

2 Mei 2010(Ahad)

TEMPAT:

Shah Alam Convention Center (SACC Convec)


MASA:
8.00 malam-11.00 malam

KEHADIRAN KHAS:
YTM Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff
Penaung Raudhatus Sakinah
(Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin)

PENAMPILAN ISTIMEWA:


Kumpulan Demascus
Xifu & Algebra
Persembahan anak-anak remaja

Pengacara majlis: Ahmad Fedtri Yahya (TV3)



JUALAN MEJA:
Platinum - RM5000/meja
Gold - RM3000/meja
Silver - RM2000/meja
Bronze - RM1000/meja (Habis terjual)

Sebarang sumbangan atau pembelian meja dibuat atas nama
RAUDHATUS SAKINAH BERHAD
MBB 562209613388

Untuk tempahan, sila hubungi:


Sekretariat Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2010
03-41073379 atau 03-41089669 atau 03-41053159

Layari:

http://www.raudhatussakinah.com/

"Cantik Di Mata, Indah Di Hati"

"Cantik Di Mata, Indah Di Hati"




Penampilan Khas:

Wardina Safiyyah & Rina Salleh

Tarikh : 20 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 am -1.00 tengahari
Tempat : Dewan Flat Keramat Pangsa,Hulu Kelang
Objektif:
  1. Mendedahkan kepada beliawanis/masyarakat umum konsep umum syariat Islam dalam hal berhias dan pemakaian wanita Islam

  2. Mewujudkan hubungan dengan beliawanis setempat

  3. Fokus kepada masyarakat setempat yang kurang berkemampuan/ berpendapatan rendah (Keramat Pangsa)

Anjuran bersama:
1) Pusat Khidmat Adun Hulu Kelang
2) Beliawanis JIM Selangor & Ampang Jaya
3) Nisa' Hulu Kelang

Semua dijemput hadir::::::

Thursday, February 25, 2010

Wanita Kuasai Sektor Awam: Adakah Ianya Sesuatu Yang Membimbangkan?

KENYATAAN MEDIA

WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

24 Februari 2010

WANITA KUASAI SEKTOR AWAM: ADAKAH IANYA SESUATU YANG MEMBIMBANGKAN?

1.0 Peningkatan wanita dalam menjawat jawatan tinggi merupakan satu fenomena global yang bukan hanya berlaku di negara ini sahaja. Ianya menggambarkan polisi pendidikan negara telah berjaya mendapat respon serta kesan yang positif dalam kalangan kaum wanita. WJIM menjangkakan penglibatan wanita dalam sektor awam khususnya akan terus meningkat. Oleh itu langkah-langkah perlu diambil bagi membuat penyesuaian terhadap sistem bekerja sedia ada dengan memberi perhatian kepada keperluan dan kebajikan pekerja wanita bagi menghadapi perubahan ini.

2.0 Di samping itu, adalah juga lebih utama bagi pihak Cuepacs mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan penglibatan kaum lelaki dalam sektor awam dan membincangkan langkah positif bagaimana ianya harus ditangani. Mengurangkan secara paksa atau mengekang penglibatan wanita bukan merupakan cara penyelesaiannya.

3.0 Dari sudut pandangan Islam, walaupun hukum mencari nafkah itu tidak wajib ke atas wanita, Islam tidak melarang wanita untuk terlibat dalam apa jua bidang pekerjaan yang boleh menyumbang kepada kepakaran dan keperluan sesuatu masyarakat selagi mana ianya berada dalam landasan syariah.

4.0 Wanita yang ingin terlibat di dalam sektor pekerjaan perlulah memastikan :
-pekerjaan yang dilakukan itu adalah halal dari sudut syarak;
-dapat menjaga dan mematuhi adab islami; dan
-tanggungjawab asas seorang wanita tidak terabai.
Walaubagaimana pun, WJIM juga tidak menafikan bahawa penglibatan wanita dalam pekerjaan luar rumah juga telah banyak memberi kesan kepada institusi keluarga.

5.0 Selaras dengan itu, WJIM menyarankan beberapa perkara berikut dikaji dan diberi perhatian perlaksanaanya oleh semua pihak dalam menghadapi fenomena ini iaitu :

5.1 Wanita yang bekerja perlu bijak memilih bidang pekerjaan yang diceburi, sesuai dengan fitrah dan meletakkan keutamaan pada tempat yang betul. Tanggungjawab wanita dalam institusi keluarga perlu diutamakan dan ianya perlu disokong oleh semua ahli keluarga terutamanya para suami.

5.2 Majikan mewujudkan suasana kerja yang membolehkan semua pekerja sama ada lelaki mahupun wanita mencapai keseimbangan di antara kerjaya dan keluarga (work life balance).

5.3 Mewujudkan budaya kerja yang anjal bagi membolehkan pekerja mengurus urusan kerja dan urusan peribadi dengan lebih baik dan seterusnya melahirkan suasana kerja yang lebih positif dan produktif.

5.4 Pengukuran kepada produktiviti pekerja dibuat berdasarkan sistem penanda aras yang betul. Dengan itu kekangan kepada pekerja wanita yang mengambil cuti bersalin tidak sepatutnya menjejaskan prestasi pekerja.

5.5 Membuat kajian perbandingan dengan negara yang mengutamakan kebajikan pekerja wanita dan hubung kaitnya kepada pembangunan keluarga dan produktiviti di tempat kerja.

5.6 Ceupacs selaku badan yang mewakili golongan pekerja (lelaki dan wanita) memainkan peranan memperjuangkan kebajikan pekerja wanita yang antara lain memerlukan kepada persekitaran tempat kerja yang lebih selamat, kemudahan tempat penjagaan anak di tempat kerja dan waktu kerja yang anjal bagi membolehkan wanita bekerja dalam suasana yang sejahtera, keluarga terjaga dan akhirnya akan menghasilkan produktiviti yang tinggi.

6.0 Kaum wanita merupakan separuh daripada masyarakat yang mendidik separuh masyarakat yang lain. Apabila kebajikan wanita terjaga maka keseluruhan masyarakat akan turut terjaga. Dengan itu, sumbangan kepakaran kaum wanita dalam proses pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara akan menjadi lebih bermakna.



CHE ASMAH IBRAHIM
Ketua Wanita
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
24 Februari 2010

Tuesday, February 23, 2010

Wacana Intelektual "Isu Sebat"

WACANA INTELEKTUAL "ISU SEBAT"

Tarikh
26.02.2010 (Jumaat malam Sabtu)

Masa
8.00 mlm - 11.00 mlm

Tempat
Dewan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak
(Bertentangan bangunan Kompleks JIM)

Panelis-panelisnya ialah :

a) Tuan Haji Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)
b) Tuan Haji Ust. Alias Othman (Penceramah bebas)
c) Dr. Us Zulfakar Ramlee (Pensyarah UIA)
d) Tuan Haji Nicholas Sylvester (Pengerusi JK Dakwah JIM)


Semua dijemput hadir........