Friday, August 20, 2004

Mengapa susah mendapat anak?

Saya telah berkahwin pada tahun 1999 dan pada tahun 2000 saya telah mendapat anakperempuan.Saya tidak mengambil sebarang ubat utk merancang kehamilan KECUALI jamu-jamu serta vitamin Sahaja.Masalah saya ialah saya hingga sekarang tidak dapat mengandung utk anak ke2. saya telah cuba utk berubat(urut) Dan berjumpa doctor untuk bertanyakan masalah ini. Apa yang diberitahu ialah saya OK tak ada apa2 masalah...Tetapi hingga sekarang masih tidak berhasil utk mendapat anak.Saya terlalu & teramat sekali teringin untuk mendapat anak yang ke 2. Tolonglah doctor kalau doctor ada tips / kaedah rawatan yang boleh saya lakukan supaya saya dapat mengandung...
Regards,Najwa

Jawapan:

Puan Najwa,Anda perlu berjumpa dengan Doktor Pakar Sakit Puan untuk menjalankan siasatan lanjut tentang masaalah anda. Ada banyak kemungkinan , kesemuanya perlukan siasatan yang terperinci tentang kadar hormone dan keadaan ‘ovary’ serta ‘fallopian tube’ anda. Suami anda juga perlu menjalani ujian untuk mengkaji kesuburannya. Ini adalah kerana ada juga kemungkinan masaalah tidak mengandung timbul dari kurang benih sperma dari air mani lelaki.

Dr. Suriya Osman ( Kak Su)

No comments: