Saya adalah seorg pelajar IPTA. Masalah kami ialah mengenai bakal isteri saya yang belum dinikahi secara sah telah mengandungkan anak saya akibat keterlanjuran kami. Kandungannya akan mjangkau usia 6 bulan pada hujung bulan ini (Disember 2004). Kami bercadang untuk bernikah sebelum hujung tahun ni (31 Disember 2004).
Soalan saya:
1) Adakah anak yang bakal isteri saya kandungkan itu sah tarafnya dan boleh di bin/bintikan dgn nama saya selepas sahaja kami disahkan sebagai suami isteri?
2) Jika anak saya itu seorang perempuan, bolehkah saya menjadi wali nasabnya apabila dia hendak berkahwin di satu masa kelak?
3) Bilakah tarikh atau bulan terakhir untuk kami diijabkabulkan supaya anak itu sah tarafnya, memandangkan usia kandungan bakal isteri saya yang hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi? saya benar-benar buntu dan keliru dengan hukum syarak sekarang ini. Keluarga kedua-dua belah pihak tidak tahu akan rahsia ini. Tolonglah jawab secepat mungkin dan jika perlu berilah kami panduan dan nasihat yang membina.
Insan biasa,
Mior Ahmad PERAK
Jawapan:
Walaikumussalam wr wb.
Saya ucapkan tahniah kepada saudara kerana berani berterus terang. Masalah yang hampir sama dengan apa yang saudara hadapi sebenarnya telah dijawab sebelum ini. Dalam memperkatakan soal hukum, ada dua aspek yang perlu difahami, iaitu aspek keagamaan (diyanah) dan aspek undang-undang (qadha').
Menurut undang-undang Islam, seseorang wanita yang melahirkan anak selepas enam bulan berkahwin (aqad nikah), maka anak tersebut BOLEH dinasabkan kepada suaminya. Ertinya pihak berkuasa tidak perlu mempersoalkan samada anak tersebut telah dikandung sebelum atau selepas akad. Ini dinamakan aspek undang-undang di dunia atau qadha' sahaja.
Aspek keagamaan pula, dikira berdasarkan hakikat sesuatu itu. Jika anak itu dikandung sebelum akad, maka dari aspek keagamaan di sisi Allah s.w.t. ia adalah tidak sah atau terserah kepada penghakiman-Nya di akhirat nanti.
Jika seseorang perempuan melahirkan anak kurang daripada enam bulan dari tarikh perkahwinannya, dan suaminya membuat pengakuan bahawa anak itu adalah anaknya, tanpa menyebut hasil dari hubungan zina, maka pengakuan itu diterima di sisi undang-undang. Jika dia mengaku anak itu adalah hasil dari perbuatan zina, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepadanya.
Dalam kes ini saudara sendiri mengetahui dan mengaku anak itu adalah hasil perbuatan zina, maka ia tidak boleh dinasabkan kepada saudara, dan tidak mempunyai hak pusaka dan wali.
Keputusan untuk berkahwin adalah satu langkah yang baik dan bertanggungjawab. Anak itu boleh didaftarkan sebagai anak angkat (tanpa meletakkan 'bin' atau 'binti', contoh nama nya Aminah Ahmad bukan Aminah binti Ahmad). Dapatkan penjelasan terperinci mengenainya di pejabat pendaftaran. Dan yang paling penting ialah saudara berdua mesti bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha). Didiklah anak yang bakal lahir dengan sempurna agar sejarah hitam tidak berulang lagi.
2 comments:
Saya ingin mendapatkan pandangan puan, saya sedang dalam proses penulisan novel sulung saya. Ada 2 bab yang saya tulis menceritakan watak telah menghidapi kanser payudara. Saya memohon puan dapatlah kiranya menyemak jika ada kesilapan fakta dalam teks tersebut. Jika puan bersetuju saya akan kirimkan 14 muka surat teks tersebut kepada pihak puan untuk di semak/edit. Sekian terima kasih.
Assalammualaikum....
saya ayub ingin beertanya sesuatu kemusykilan. tarikh haid akhir isteri saya 22/2. kami akad nikah pada 20/3. 2 minggu selepas kahwin isteri saya menguji pregnancy test dan dia positif mengandung tapi kenapa doktor tu cakap kandungan isteri saya dah sebulan walhal baru 2 minggu akad nikah. bila saya tanya dia ckp sbb berdasarkan tarikh haid akhir. kenapa dikira dari tarikh haid akhir? adakah tarikh akan lahirnya nanti diikira dari tarikh haid akhir juga? saya yang keliru...
Post a Comment