Monday, January 09, 2006

Cinta terpendam dan dikecewakan

Soalan

Satu ketika dulu, saya berkawan dengan seorang jiran lelaki belakang rumah. Beliau merupakan seorang yang alim,baik. Umur beliau 3 tahun lebih tua dari saya. Kami mula berkenalan dan menjadi akrab ketika saya berusia 16 tahun dan dia 19 tahun.
Saya tidak nafikan saya ada hati dan menyimpan perasaan terhadapnya, tapi saya pendam kerana malu. Saya juga dapat merasakan bahwa beliau juga mempunyai perasaan yang sama terhadap saya.
Kini usia saya sudah 21 tahun dan dia 24 tahun. Berita yang paling mengejutkan saya ialah beliau telah berkahwin dengan wanita lain. Sebenarnya kami tidak pernah berjumpa secara fizikal tetapi perhubungan hanya melalui surat dan email. Email terakhir yang saya dapat darinya pada tahun 2004. Ketika itu saya masih berada di tahun 2 dalam bidang pergigian.

Saya rasa menyesal sangat sebab tidak meluahkan perasaan ini. Saya tahu dia sukakan saya tapi pada ketika itu saya hanya fikirkan study, study and study. Tiba tiba pada bulan lepas (Disember) saya dikejutkan dengan kedatangan kad jemputan perkahwinannya. Aduh! peritnya hati ini hanya Allah yang tahu. Saya baru hendak memikirkan tentang dia dengan lebih serious, tiba-tiba sahaja dia hendak berkahwin dengan wanita lain. Saya sungguh kecewa. Saya sesalkan dan salah kan diri saya kerana tidak meluahkan perasaan saya sejak dari mula kepadanya. Mungkin kah kelambatan saya ini membuatkan dia tertunggu-tunggu. Saya mendapat tahu isterinya juga seorang doktor, manakala saya bakal menjadi doktor gigi pada tahun 2008. InsyaAllah.
Namun, setiap kali saya teringatkan dia, hati saya pedih, sedih,gelisah dan sebak. Segala kad-kad yang diberikan dulu masih saya simpan. Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan. Memang saya tidak dapat lupakannya. Dialah sumber ilham saya ketika saya mengambil SPM sehingga sehingga saya dapat 10A! Dan melayakkan saya memasuki IPT di bdang pergigian. Saya amat menyayanginya tetapi dia kini suami orang, apakah yang perlu saya lakukan?

Perlukan dorongan
Adik F

Jawapan:

Adik F
Mengenalpasti apa yang kita inginkan dan membuat keputusan mencapai keinginan kita adalah antara intipati kehidupan. Mengetahui bila kita harus meneruskan kehidupan samada kita berjaya atau tidak mencapai keinginan itu, adalah rahsia kebahagian. Saudari telah membuat keputusan bertahun lalu untuk tidak menyatakan hasrat hati, dan saudari telah membuat keputusan yang terbaik untuk menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Itu adalah keputusan yang terbaik, sesiapa sahaja yang berada didalam situasi saudari, boleh lakukan. Bayangkan apa yang mungkin boleh terjadi sekiranya saudari mengambil keputusan selainnya. Bergembiralah dengan keupayaan saudari membuat keputusan itu, seberat mana sekalipun.
Jangan risaukan apa yang telah berlalu, kita tidak boleh merubahnya. Kita tidak boleh meramal masa depan, tapi kita boleh menciptanya. Saudari mempunyai masa depan yang penuh potensi, yakinlah Allah Maha Mengetahui dan Dia akan berikan hamba-hambanNya yang terbaik.
Sepayah mana sekalipun, inilah ringkasan pilihan yang saudari ada:

1. Terus menerus menyesali apa yang telah berlalu. Ianya mungkin tidak akan berakhir, tapi ianya tidak akan membawa apa-apa faedah. Ini pilihan paling mudah. Maka kita akan ulitkan perasaan kecewa kita dengan dendangan lagu-lagu cinta tak kesampaian. Kita akan layan rasa sesal kita dengan bait2 madah dan sajak insan yang kecewa. Memang seronok melayan perasaan, maka akan lebih múdahlah iblis membisikkan hasutannya.
2. Luahkan rasa cinta yang terpendam kepadanya itu sekarang. Akibatnya, saudari tidak sahaja akan membuat kehidupan saudari tunggang langgang, tapi juga kehidupan si lelaki, isterinya dan ramai insan lain disekeliling. Bak kata orang Amerika "You are going to mess up big time!"
3. Tinggalkan yang berlalu, dan TERUSkan kehidupan. Saudari mempunyai masa depan yang gemilang, jangan biarkan ia tersasar. Yakinkan diri bahawa saudari belum mengenali dia sepenuhnya, dan yang ada antara saudari berdua hanyalah perasaan, jangan biarkan perasaan mengawal fikiran dan hidup anda. Jangan biarkan kenangan silam menghantui masa depa anda. Jika ini keputusan yang saudari pilih, berbanggalah.
Akhir sekali, dalam saudari melangkah kehadapan, jangan sekali-kali biarkan kenangan silam terungkit, jangan sekali-kali bandingkan apa yang ada dalam genggaman dengan yang terlepas dari pandangan. Yang terlepas akan sentiasa kelihatan lebih baik dari yang digenggaman.
Masalah jodoh ditangan Allah. Jika adik istiqamah menjaga maruah, sifat malu dan akhlak Islam, InsyaALlah adik akan mendapat jodoh yang baik dan suami menyayangi adik pula. Ingatlah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Jangan ditanghisi susu yang tumpah.
Dijawab oleh Amir A. Razelan, Lembah Silikon, Cupertino, California, USA

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Kehidupan memang adil. saya pernah juga mempunyai perasaan kepada gadis-gadis semasa disekolah dan universiti. namun lidah terkelu tidak berani meluahkan perasaan.

Namun sekarang masih single. Sekiranya sesiapa yang sudi berkenalan dgn saya silalah email ke mohd_mukhlis@yahoo.com.

InsyaAllah email akan dibalas tetapi yang ikhlas sahaja.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Kehidupan memang adil. saya pernah juga mempunyai perasaan kepada gadis-gadis semasa disekolah dan universiti. namun lidah terkelu tidak berani meluahkan perasaan.

Namun sekarang masih single. Sekiranya sesiapa yang sudi berkenalan dgn saya silalah email ke mohd_mukhlis@yahoo.com.

InsyaAllah email akan dibalas tetapi yang ikhlas sahaja.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Awak spttnya bersyukur dgn apa yang tjadi....ada hikmah disebaliknya...ini semua kehendak allah swt...jodoh kita telah ditentukan dan mungkin awak bukan tulang rusuknya....mungkin awak anggap krn dia awak lulus spm tp awak harus ingat jika awak tak usaha awak tak akan dapat.sperti mana tjadi kat saya skrg setelah 5 tahun 11 bulan bercinta dan tiba masa nak rancang kahwin tiba2 dia tinggalkan saya...kecewa memang kecewa tp bila difikir balik ini semua kehendak allah swt dan ada hikmah disebaliknya...mungkin bagi saya dia yang terbaik tp bagi allah tidak...
apa2 pun saya nak awak jgn bersedih dan kecewa krn dia tp banyak2 lah berdoa utk kebahagian dia jika awak sayang dia...ingat allah swt amat marah jika diduga kita tp kita mengeluh dan kecewa..apa yang jadi adalah kerana allah swt sayang kita dan nak kita dekat dengannya....

Jika awak free email la kat saya masalah awak...byk benda yang saya nak bagitau awak tp masa tak mengizinkan...email saya: nettworking_guy@yahoo.com

Anonymous said...

Best regards from NY! http://www.asthma-inhalairs.info/buy-discount-evista.html home security camera system comparisons security system microsoft paris hilton sex vedeo Forum message board home security Cheap sleep sofas car alarm systems keyless entry Celexa weed clomid and twins.jpg http://www.plastic-surgery-pediatric.info/vacuumcleanerheatresistant.html fire alarms for the deaf Hi tec security systems limited Jetta alarm system