Monday, January 09, 2006

Kelemahan diri dikenali dengan menelusuri blok dan karakter

Soalan,

XXX@motorola.com> wrote:
Puan Rosnah Ahmad,

Assallamualaikum Puan Rosnah, Nama saya XXX dan saya inigin mendapatkan sedikit penerangan, cara terbaik untuk mengenali kelemahan diri.

Terima kasih
xxx

Jawapan:

Tahniah atas usaha untuk merubah diri.Insya-Allah ianya adalah permulaan dan langkah terbaik menuju kecemerlangan diri. Insya-Allah saya cuba menjawab. Moga ianya membantu.Wallahua'lam


Semua kelemahan, penghalang atau blok adalah berhubung rapat dengan karaktor kita- siapa diri kita- dan evolosi karakter tersebut untuk lebih menjiwainya. Blok menunjukkan kita ada unfinished business atau kisah lampau dan gangguan yang menghantui kita. Ianya menggambarkan bayang-bayang karakter yang menghuni dalam minda bawah sedar kita.

Personaliti kita cuba untuk menghilangkan blok-blok ini dengan segera kerana ianya mengganggu dan merisaukan kita dan seringkali menyebabkan hidup kita sengsara., Malangnya ramai diantara tidak tahu cara menyembuhnya.

Kita sering menggunakan tenaga kita untuk mengelak, melupakan atau memindahkan blok-blok ini dari satu bentuk kepada bentuk yang lain.

Jarang sekali blok-blok ini dilepaskan and disembuhkan. Sekiranya kita mahu menghilangkan tekanan dan kesakitan, kita mesti berusaha untuk mendapatkan kesedaran yang lebih tinggi. Blok mempunyai banyak hikmah. Ada cahaya disebalik dan penyebab kepada setiap blok.

Di sebalik setiap kelemahan, perangai atau blok ada kualiti yang boleh terbit dari jiwa kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah menerima kebenaran tentang kelemahan diri kita walaupun pahit dan berusaha memperolehi kualiti jiwa dengan melakukan perubahan diri.

PERUBAHAN hanya berlaku bilamana kita mengenalpasti, menyatukan dan meluahkan kualiti jiwa kita dan menyerlahkan potensi diri. Kita tidak dapat mengenali apa yang baik tanpa berhubung dengan yang buruk. Apa tanggapan puan tentang kelemahan dan cabaran puan.

Adalah diharapkan latihan dibawah dapat membantu puan mengenali kelemahan diri dan seterusnya menukar setiap kelemahan kepada kekuatan diri.

Cara latihan mengenal diri adalah dengan menulis jurnal iaitu membuat latihan dan mencatitkan kedalam sebuah buku latihan jawapan-jawapan kita serta rumusan dan pengamatan yang kita buat tentang diri kita. Catitan tersebut perlu disemak dari masa kesemasa.

Perhatikan bahawa apa yang kita lakukan sebenarnya adalah muhasabah diri iaitu menghisab diri, mengenali diri , baik dan buruknya , kelebihan dan kekurangannya .
Mengenal diri adalah jalan menuju kecemerlangan diri dan mengatasi segala kelemahan yang sebenarnya adalah mazmumah dan kekurangan diri kita.

LATIHAN

Dalam ruang dibawah tuliskan dan aspek yang memberi cabaran dalam hidup anda. Guna soalan dibawah untuk membantu anda menulis senarai yang lengkap. kelemahan ( senarai blok kelemahan yang diberi dibawah boleh membantu puan )

Apa yang tidak kena dalam hidup anda?
Dalam perkara apa yang anda ada masalah jangka panjang dan masalah yang berulang ( contoh, hubungan, duit, kerja dan sebagainya)
Sifat yang manakah yang anda ingin tingkatkan?

Contoh bagaimana kelemahan diri dapat ditukar kepada kekuatan.

Katakan saya mempunyai daya ingatan yang lemah. Ini meletakkan saya kekurangan dan kegagalan dalam saingan hidup. Kemudian saya menemui cara untuk menggantikan kelemahan ini dengan belajar mengambil nota. Sekarang saya boleh bersaing semula malah ianya memberi saingan kepada orang yang kuat daya ingatan.

Katakan saya sering keliru. Ini adalah kelemahan yang serius. Ianya juga merupakan kegagalan dalam persaingan. Kemudian saya belajar untuk belajar membuat kerja dengan lebih sistematik dan tersusun. Saya boleh memberi saingan hebat kepada mereka yang tiada masalah ini malah mereka tidak berpeluang mempelajari rahsia ini. Saya melakukannya dan sekarang mereka di belakang saya dan potensi diri saya terus meyerlah.

Katakan saya ada satu lagi kelemahan . Saya sangat slow. Saya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu dan ianya sangat sukar. Ia menyebabkan saya ketinggalan dalam banyak perkara. Orang lain membuat sesuatu dengan lebih cepat dan lebih mudah.Tapi saya belajar menjadi lebih sabar dan bekerja keras. Saya membangunkan sifat yang kuat iaitu sabar dan bekerja keras untuk menggantikan kelemahan saya. Dengan sikap yang kuat ini saya meninggalkan orang lain di belakang dan terus maju ke hadapan.


BLOK YANG MENGHALANG PENINGKATAN POTENSI DIRI

Perasaan sunyi dan keseorangan
Minda yang kosong
Di dera
Sering Kemalangan
Menuduh
Berlagak badut
Ketagihan
Pencerobohan
Selalu berada dengan seseorang/sesuatu
Angan-angan kosong
Menganalisa
Kemarahan
Kerisauan
Membantah/mencari alasan
Kemegahan
Ikatan/rasa terikat
Mengelak
Menghukum
Rasa diri sahaja yang betul
Reaktif/melenting
Tak tentu arah
Terlalu emosional
Menuduh
Cinta buta
Bosan
Memerintah
Cuai
Mencabar
Saling bergantung
Merungut
Kompromi
Paksaan
Keadaan
Konflik
Pengecut
Kritik
Kejam
Menyindir
Bertujuan menipu
Penipuan
Membela diri
Ingkar
Penafian
Pergantungan
Kemurungan
Putar belit
Tidak percaya/menolak
Tidak jujur
Kacau bilau
Keliru/binggung
Pengaruh
Sangsi
Drama
Impian
Ego
Tidak menunjukkan sebarang emosi
Emosi
Dengki
Melarikan diri
Memperbesar-besarkan
Fokus yang berlebihan terhadap sesuatu
Orang lain
Tuduhan
Melampau
Kegagalan
Khayalan
Percaya diri bersalah
Rasa memerlukan
Tetap pendirian
Kebodohan
Pelupa
Terlalu formal
Kekecewaan
Sia-sia/hampa
Fikir masa depan
Glamor
Tamak
Dosa
Benci
Tiada harapan
Tidak humor
Perli dan buat lawak
Kepedulian
Tidak peduli
Penyakit
Illusi
Tidak sabar
Tidak praktikal
Desakan
Tidak tepat
Tidak dapat membuat keputusan
Tidak hirau
Kaku
Karekter yang tidak boleh diubah/tegar
Kecederaan
Rasa tidak selamat
Tidak sensitive
Kebijaksanaan
Mengasingkan diri
Cemburu
Anggapan/menghukum
Menetapkan had/limit
Kurang komitment
Kurang keyakinan
Kurangkreativiti
Kurang disiplin
Kurang percaya
Tertawakan sahaja
Kemalasan
Hidup dengan asyik mengimbau masa lalu
Kesunyian
Tidak bertenaga
Menipu
Tidak cukup zat
Manupulasi
Pengorbanan
Materialistik
Sederhana
Meminimumkan
Muram (moody)
Sempit
Perlu memuaskan hati orang lain
Bersifat negatif
Tak seronok
Tiada habit yang menyokong
Kelu
Perkara yang menghangtui(obsessions)
Merebut peluang
Makan berlebihan
Berbelanja berlebihan
Diselubungi/ditenggelami
Kerja berlebihan
Kesempurnaan
Fobia
Kesihatan yang kurang baik
Kurang self-esteem
Kepunyaaan
Miskin pemikiran
Prajudis
Harga diri
Bangga
Melengah-lengahkan/menangguhkan
Memberi alasan yang lebih rasional
Melawan/memberontak
Menindas/menekan (repression)
Kemarahan
Penentangan
Cemuhan/ejekan
Kekasaran/biadap
Melarikan diri
Kesedihan
Sindiran
Meminta keizinan
Obsessi diri sendiri
Hanya memikirkan kepentingan diri sendiri (self-centeredness)
Menipu diri sendiri
Kedekut
Kesian padadiri sendiri
Memusnahkan diri sendiri
Malu
Segan
Tidur
Menyendiri
Status
Tekanan/stres
Kedegilan
Menghidapi
Malu, segan dan takut
Membela diri secara di bawah sedar
Tidak meluahkan perasaan
Selalu tukar fikiran/tidak tetap pendirian
Angguh/ujub
Keganasan
Menarik diri
Kerisauan
Television
Unfinished business

Jawapan disediakan oleh Puan Rosnah Ahmad