Sunday, May 21, 2006

Nikah Misyar - satu pandangan

Assalamualaikum wmt.wbt.

Saya ingin menumpang memberi pandangan dalam isu Nikah Mis-yar (travelers marriage)-Isu yang dibincangakn dalam Bicara Kalbu(BH Jumaat 18 Mei 2006- http://bicarakalbu.blogspot.com/2006/05/
nikah-misyar-kurangkan-jumlah-anak.html.

Some call it as " a pleasure mariages" ect. Meskipun saya bukan ahli undang-undang namun saya bertemankan ahli undang-undang.

Nikah Mis-yar telah dipraktiskan sejak 1825 terutama di Saudi dan Egypt. ianya telah dilegalkan oleh para ulamak di sana.

Apa bezanya nikah mis-yar?
-mereka tidak tinggal sebumbung
-Suami tidak menanggung nafkah atau isteri menarik hak nya.
-kebanyakannya niat untuk berkahwin sementara tanpa ditetapkan tarikh.

Sekiranya ditetapkan tarikh maka ianya jatuh kepada Nikah Mu'tah pula.
Asalnya nikah mis-yar dilakukan oleh lelaki miskin yang tidak mampu menanggung nafkah dan akan bersama isterinya bila sudah ada kemampuan. Ini berlaku kebanyakannya oleh penduduk Mesir waktu itu. ianya bukan nikah yang mereka harapkan tetapi lebih kepada akibat tekanan ekonomi dan takut terjatuh kepada zina.

Namun begitu nikah mis-yar telah berkembang menjadi fenomena yang lain.
Ianya dilakukan oleh orang-orang kaya yang musafir seperti kuwaiti dan mereka bernikah di negara musafir mereka secara nikah mis-yar sebagai cara "legalised" perkahwinan dan katanya untuk elak terjebak kepada zina. Saya sendiri dimaklumkan oleh seorang sahabat di Indonesia bahawa ada tetamu arab ini melakukannya sewaktu bercuti musim panas di tempat peranginan Puncak entahkan nikah mutah atau nikah mis-yar. Apatah lagi nikah di Indonesia sangatlah mudah. Maskahwinnya sangat murah, cukup sekadar al-quran dan telekong sembahyang. Apa yang mengerikan dan besar kemungkinan wanita tadi adalah seorang pelacur yang hanya mahukan WANG dari hubby baru mereka itu.

Namun begitu sebaik sahaja pemusafirannya berakhir dia akan menceraikan isterinya dan pulang ke negara asal. Ini kerap berlaku sewaktu musafir cuti panas ke negara lain dan mereka nikah misyar lagi. Yang amat menyedihkan orang-orang kaya Arab ini melakukanyya dengan gadis-gadis bawah umur (18 tahun). Fenomena ini juga berlaku kebanyakannya di Somalia menurut satu buku yang saya baca. Sebaik sahaja gadis ini diceraikan, maka ibu mereka akan menjahit (maaf) selaput dara anak perempuan mereka kerana mahu anak mereka sentiasa dara dan boleh bernikah kemudian hari. Jika tidak menjadi satu keaiban besar buat keluarga pula.

Dalam hal ini kes nikah mis-yar telah disalahgunakan oleh pedagang kaya yang hanya mahu berseronok sewaktu musim panas dan alasan takut berzina.
Yang paling menyedihkan apabila nikah ini berlaku kebanyakannya dilakukan oleh Wali mereka (ayah) yang miskin tanpa kerelaan atau tanpa persediaan ( ini disebabkan kebanyakkan adalah bawah umur seperti 16 tahun). Memanglah sah dari segi syarak akan tetapi mereka kebiasaannya akan diceraikan sebaik sahaja cuti musim panas berakhir atau diteruskan jika suami ini mahu.

Kebanyakkan mereka tidak mahu mengandungkan anak kerana ini akan menjadi bebanan kepada suami dan isteri. Apatah lagi jika telah diceraikan tinggallah anak itu tanpa ayah. Ramai pula yang bernikah secara nikah mis-yar ini secara sulit tanpa pengetahuan. Namun bila isteri ini mengandung maka bocorlah rahsia sulitnya.

Ada kes menyatakan seorang anak mengalami trauma kerana dia tidak tahu atau hairan mengapa seorang lelaki asing akan masuk bilik ibunya sedangkan tidak memanggilnya anak atau mahu dipanggil sebagai bapa. Yang dia mahukannya hanyalah ibunya sahaja!

Ada juga yang agak pelik apabila anak dara tua yang kaya (maaf) di Saudi yang melakukan nikah mis-yar dengan lelaki kerana mahu musafir keluar negeri untuk beberapa lama kerana ianya merupakan kewajiban bagi undang-undang saudi. Selepas itu mungkin mereka akan bercerai pulak! Tarikhnya terserah pada hati masing-masing lah.

Dengan meneliti fatwa Sheik Yusuf dari segi rukun nikahnya memang lah cukup bahawa ianya adalah sah namun itu tidak bermakna dia menyokong cara pernikahan seperti ini (ini dinyatakan dengan jelas olehnya). Fatwa ini juga dikeluarkan oleh Tantawy dan juga Ibnu Baz di Saudi.

Saya berpendapat ianya tidak sepatutnya berlaku di negara kita dan pernikahan seperti ini lebih kepada amalan tradisional yang dulu dan mungkin berlaku di satu dua tempat. Nikah Mis-yar bukanlah nikah yang ideal yang dituntut syarak ke arah membina rumahtangga yang benar-benar bertepatan dengan falsafah perkahwinan di dalam Islam.

Negara kita telah ada Undang-undang Keluarga Islam dan anggaplah isu ini dari sudut perbincangan akademik sahaja.

10 sen dari saya yang membuat sedikit kajian isu ini.

Wallhua'lam.

Faqir ilallah
SMHI.
-----

8 comments:

jiwakitamerdeka said...

TQ kerana artikel yg mengguris hati. Antara taqwa dan fatwa - pilihlah taqwa. Lebih & tentu SELAMAT.

Mc_Kay said...

soalan : mis-yar tu perkataan dr bahasa arab ke? mcmana ejaannya ? adakah mim-sin-ya-alif-ra atau mim-syin-alif-ra?

Karl Hiunzm said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

chxj1bnma82zubx said...

hey, I just got a free $500.00 Gift Card. you can redeem yours at Abercrombie & Fitch All you have to do to get yours is Click Here to get a $500 free gift card for your backtoschool wardrobe

7dybx34sk said...

hey, I just got a free $500.00 Gift Card. you can redeem yours at Abercrombie & Fitch All you have to do to get yours is Click Here to get a $500 free gift card for your backtoschool wardrobe

lea2q00za said...

hey, I just got a free $500.00 Gift Card. you can redeem yours at Abercrombie & Fitch All you have to do to get yours is Click Here to get a $500 free gift card for your backtoschool wardrobe

Anonymous said...

EX CASANOVA SAYS: bagi saya misyar adalah perkahwinan yang baik. Saya sebagai bekas casanova yang telah bertaubat agak sukar untuk menghilang kan perasaan pada wanita. ini cara yang baik untuk orang seperti kami. sebenarnya di luar sana terlalu ramai laki2 seperti saya.

Question : kenapa wanita terlalu ramaiyang tak tutup aurat

aurat bukan sahaja rambut malah tubuh badan. Tinggalkan jeans ketat, baju body, pakailah tudung yang menutupi dada

terus terang kami katakan sebagai lelaki nakal kami tidak pernah bernafsu lihat rambut wanita, tapi kerana itu adalah kehendak allah maka kita akur. yang lebih mengghairahkan ialah bentuk tubuh badan
tinggalkan jeans dan apa2 saja jenis seluar

tapi juangkan baju kurung atau jubah dan tudung yang menutupi seluruh dada atau tudung labuh

kenapa ramai daripada pemikir2 agama semakin meninggalkan pakaian yang baik ini. kenapa dahulu kamu beria2 memakai tudung labuh dan sekarang telah berbondong bondong menunggalkannya

kenapa anak2 pemikir agama juga telah meninggalkan pakaian yang baik ini.

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » »