Wednesday, February 21, 2007

Anak mangsa Kemurungan suami siteri

Wanita JIM merakamkan rasa amat terharu dan sedih di atas kematian dua orang kanak-kanak berusia enam tahun dan 11 bulan yang dikatakan dibunuh oleh ibu kandung mereka sendiri di Batu Maung, Pulau Pinang dua hari lepas.

Insiden ini menambahkan lagi bilangan kes pembunuhan anak-anak oleh bapa atau ibu kandung yang semakin kerap dilaporkan di akhbar sejak akhir-akhir ini. Seolah-olah terdapat satu trend yang begitu mencemaskan dalam masayarakat kita, di mana ibu bapa tidak lagi teragak-agak menamatkan riwayat anak-anak kandung mereka sendiri apabila bertemu jalan buntu kepada permasalahan kewangan atau hubungan antara suami dan isteri.

Kes terbaru yang dikatakan berpunca dari kemarahan isteri terhadap suami yang mahu berkahwin lain, menjadi satu kes studi yang mesti diteliti sedalam-dalamnya. Pembunuhan tersebut adalah kemuncak dari satu luahan perasaan yang selama ini tertekan serta tidak dapat diluahkan secara efektif kepada pihak yang satu lagi. Sukar untuk seseorang memahami bagaimanakah seorang ibu kandung tergamak untuk membunuh dua orang anaknya sendiri. Penjelasan mudah yang sering kita berikan adalah kemungkinan besar ketika itu, si ibu muda tersebut tidak lagi bertindak di bawah kawalan akal yang waras.

Wanita JIM menyatakan kebimbangan mengenai berapa ramai lagi wanita bergelar isteri yang masih menyimpan dendam dan tekanan perasaan sepertimana ibu muda tersebut. Wanita JIM mencadangkan langkah-langkah praktikal membantu mereka yang berada dalam situasi ini SEGERA diambil. Masyarakat mesti didedahkan kepada tanda-tanda kemurungan yang boleh dikesan berlaku pada diri seseorang yang sedang mengalami tekanan yang hebat. Seterusnya masyarakat harus diberikan saluran mudah untuk merujuk individu-individu ini kepada institusi atau orang perseorangan yang boleh membantu secara professional.

Suami juga mestilah dibimbing untuk mengesan tanda-tanda kemurungan di kalangan isteri mereka, dan bukannya tidak mengendahkan sahaja perubahan-perubahan yang berlaku. Komunikasi dua hala mestilah dikekalkan dan tidak beralih kepada SMS melalui telefon bimbit sebagai cara berkomunikasi dan menyelesaikan perselisihan. Marilah kita serius menangani simptom ( tanda penyakit) yang menandakan status kritikal institusi rumahtangga dan keluarga di negara ini.

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj ( 012-3243134)

Ketua Wanita Pusat Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya tak tau bagaimana saya patut mulakan. Saya juga seperti wanita itu, tetekan dengan karenah suami yang nak kawin lain sedangkan usia perkahwinan br menjangkau 6 bulan, Alhamdulillah saya belum hamil. mungkin ada hikmahnyer..

Kadang2 saya boleh melakukan perkara di luar jangkaan.. saya hantukkan kepala di dinding, menampar pipi sendiri, ketuk kepala dengan kayu, itu tanda protes saya pada suami.. saya lakukan disebabkan terlalu marah hingga tidak boleh di kawal. hingga ada satu ketika saya sggup ambil pisau untuk mengerat nadi di lengan. Semua itu berpunca dari sikap suami yang suka mengejek2 , menghina saya bodoh, bnagang, keturunan saya, jalang dsb.. saya tunjukkan pd suami sy sggup lakukan apa saje jika dia terusan mengejek2 begitu.dia juga seorang yg sangat baran.

saya faham benar keaadaan wanita itu kerana saya juga mengalaminyer, saya tidak tahu sampai bila kan terus begini, Kini dada saya mudah berasa sakit kerana selalu menahan marah. Saya sggup bersusah payah membnatunyer dalam hal ekonomi rumahtangga kami, tapi dia tidak pernah mahu menghargainyer. Bahkan suami lebih sanggup mengejek2 saya, Alasanyer dia tidak mau isterinyer lebih (queen control) dalm rumahtangga

Dari segi pendidikan suami hanya darjah enam, saya pula lepasan ijazah, sekarang saya tau ape yang di maksudkan kufu. saya memilihnyer kerana dia berpegang teguh pada agamanyer sebelum berkahwin, tapi tidak kini, semuanya dusta dan lakonan semata untuk mendapatkan saya. .

Saya tidak tau apa yang saya perlu lakukan. bolehkah saya meninggalkan rumah /suami untuk menenangkan diri/ tidak mahu bergaduh dengan suami. Bantulah saya... saya benar2 tertekan..