Alhamdulillah, buku kedua penulisan wanita JIM telah diterbitkan dan masih panas, baru sahaja memasuki pasaran...Sila tempah dan dapatkan untuk setiap kita. Berbaloi penantian terhadap projek pengumpulan penulisan yang memakan masa selama lebih 3 tahun ini....Sila dapatkan naskhah dari Setiausaha Eksekutif Wanita JIM, Cik Nazirah Idris di talian 03-4107 3379 atau Kak Endok 012-2292604. Harganya hanya RM18.50....
Setiap Daerah dan negeri seluruh Malaysia diharapakan agar membeli sekurang kurangnya 10 buah. Hasil jualan buku ini adalah untuk Tabung Dana Wanita JIM. Seramai 25 orang penulis penulis kita telah menyumbang kan penulisan mereka. Berilah sokongan penuh kepada mereak agar mereka teruja untuk menulis lagi dan lagi....
Para suami semestinya berbangga apabila membaca penulisan isteri isteri tercinta. Malah ada suami yang menangis apabila membaca coretan minda dan hasil tarian jari jemari sang isteri di komputer.
SYabbas kepada mereka mereka ini:
1. PM. Dr Umi kalthum- WJIM Perak
2. Dr. Puteri Yusman - WJIM Penang
3. Rosliya Abbas -WJIM Kuala Lumpur
4. Faridah Maludin- WJIM Kuala Lumpur
5. Norzitah Abdul Karim- WJIM Kuala Lumpur
6. Fauzianiah Mohd Zain- WJIM Selangor
7. PM Dr. Melasutra Mohd Dali- WJIM Selangor
8. Marihah Suhaimi - WJIM Selangor
9. Ummi Noor Ahmad -Wanita JIM Johor
10. Sazira Abdul Aziz - Wanita JIM Johor
11. Fauziah Salam - Wanita JIM Terengganu
12. Sumilah Marto - Wanita JIM Johor
13. Noorlia Abdul Hamid - Wanita JIM Johor
14. Siti Marhamah Abdul Wahid - Wanita JIM Pusat
15. Ir Endok Sempo Mohd Tahir - Wanita JIM Pusat
16. Dr. Sabariah Baharun - Wanita JIM Johor
17. Farah Noraniza- Wanita JIM Johor
18. Maimunah MOhd Beon - Wanita JIM Kedah
19. Nona Maryam - Wanita JIM Selangor
20. Azmi Aminuddin- Wanita JIM Terengganu
20. Rosnah Ahmad- Wanita JIM Pahang
21. Norliza Shamsudin - Wanita JIM Johor
22. Mahani Yusof - Wanita JIM Perak
23. Umi Sarah - Wanita JIM Johor
24.Ummu Zaid - Wanita JIM Johor
25-Zarishah Zainol Rashid - Wanita JIM Johor
Komen editor Karangkraf;
Selepas sekian lama menyepi, kini siri inspirasi muncul kembali. Buku terbaru PTS Millennia Sdn Bhd, Mengapa Saya Bekerja?Kali ini, koleksi cerita yang terdapat dalam buku ini lebih fokus kepada kaum hawa. Pelbagai dilema yang dihadapi dalam memilih bidang kerjaya. Sama ada bekerja di luar rumah ataupun sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Ada yang berpendapat, wanita tidak patut duduk di rumah sekiranya mereka ini berjaya memiliki segulung ijazah. Namun, ada juga yang berpendapat sebaliknya. Saudara pula bagaimana?
Sebenarnya, kerjaya adalah periuk nasi bagi sesetengah individu yang mementingkan kerjaya. Wang ringgit tidak hanya datang bergolek tanpa sebarang usaha. Mengapa kita perlu bekerja? Mampukah kita hidup di dunia yang segala-galanya memerlukan wang ini sekiranya tidak bekerja. Namun, kerja menjadi lebih murni apabila disertakan dengan niat semata-mata kerana Allah. Kita hanya berusaha, namun Allah jua yang menentukan banyak mana rezeki yang dapat diberikan kepada hambanya.
Memilih menjadi suri rumah bukanlah disebabkan individu tidak mampu ataupun tidak layak memilih bidang kerjaya. Kemungkinan individu yang sudah berumah tangga memilih jalan ini memikirkan masa hadapan anak-anak dan suami. Mereka tidak yakin ataupun percaya pada pengasuh dan orang gaji. Tambahan pula bermacam-macam cerita yang sering kita dengar kebelakangan ini seperti orang gaji lari, kes dera anak majikan dan pelbagai lagi cerita negatif yang tidak enak didengar dan boleh mendatangkan fobia apabila mendengarnya. Itu baru kes anak-anak, risau pula sekiranya terjadi sesuatu kepada suami.
Sama ada wanita itu bekerja ataupun tidak, bukanlah isu utama dalam meneruskan kehidupan. Ini bergantung pada kemampuan dan kehendak masing-masing. Setiap individu mempunyai pendapatnya tersendiri. Namun, berbekalkan pengalaman suka duka yang diceritakan secara santai dalam buku ini memberi input kepada saudara bagi meletakkan saudara dalam bidang yang mana. Bekerja ataupun tidak bekerja?
4 comments:
Wanita bekerjaya harus menitik beratkan batas2 pergaulan dgn lelaki, Ibu yang bekerja pula harus memikirkan kesan pada anak2.
Memang dunia ini semuanya memerlukan wang untuk membeli kebendaan/materialistik, untuk apa? untuk kegembiraan, manusia khayal dgn kegembiraan berasaskan materialistik.
Kegembiraan yang sejati adalah dr dalaman, hidup dgn penuh keimanan dan kesyukuran kepada Allah itu yg lebih patut diutamakan.. itu yang lebih memberikan kegembiraan sebenar..
haven't got a copy of it, but i am sure it's a good read.nice to hear a sincere "confession".
salam. kalau saya nak beli buku ni secara on9 boleh x?
-lily
Saya seorang ibu yg masih bekerja ...tetapi demi anak2..saya sangguup mencari pekerjaan yg membolehkan saya bersama mereka di rumah(work from home )....saya sedang berusaha keras untuk itu.....
Post a Comment