22 Disember 2009, Rabu, hari kedua program I LOVE ISLAM siri 2. Slot pada hari kedua dimulakan dengan solat dhuha beramai-ramai, hafazan ayatul kursi, alfatihah dan juzuk amma. Seterusnya peserta mendengar penyampaian tentang malaikat, qada' dan qadar yang telah disampaikan oleh ukhtie Adibah.
Selepas minum pagi, program diteruskan dengan slot ceramah berkaitan Alam Akhirat, dan kemudiannya slot crossword puzzle dengan tema akhlak islam. Kemudiannya setiap kumpulan menyampaikan persembahan masing-masing. ada yang menyampaikan poem berbentuk coral speaking, ada yang menyanyi, ada yang berlakon, dan ada yang membuat pantomin. Walaupun masa yang singkat diberikan untuk setiap kumpulan membuat latihan, namun dengan bantuan fasilitator, setiap kumpulan mampu menyampaikan persembahan yang 'comel'.
Hari Ketiga
Rabu, 23 Disember 2009, Hari ketiga program. Antara aktiviti yang dirancang adalah menaiki kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas, mengunjungi Pusat Kerajaan Johor di Nusajaya, mengunjungi Puteri harbour. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya kami mendapat berita kapal tidak dapat belayar kerana banyak kapal sedang dibaiki, namun kami bernasib baik kerana kapal belayar juga selama lebih kurang sejam.
Pastinya ia menjadi pengalaman yang manis bagi anak-anak ini. Mana taknya...ada yang memang teruja, ada yang seronok, ada yang kagum..ada yang takut-takut. ..ada juga yang menangis..ha. .macam-macam ragamnya mereka nie. Apa-apa pun mestilah seronok dapat belayar dengan kapal..
Antara gambar-gambar menarik sepanjang lawatan.

Jaulah dengan sebuah bas dan tiga MPV.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi diatas segala kekuatan dan semangat bagi kami, wanita JIM JB mengendalikan kem ini. Di kesempatan ini, Wanita JIM JB selaku penganjur KEM I LOVE ISLAM siri 2 ingin merakamkan jazakumullah hu khairan khatira kepada semua yang telah menghantar anak-anak mereka menyertai kem ini. Kami juga ingin merakamkan sebanyak-banyak kesyukuran kepada Allah diatas segala kekuatan dan semangat bagi kami mengendalikan kem ini.
Laporan oleh:
Ummu Fathiyah
Bagi pihak Wanita JIM JB
Penganjur KEM I LOVE ISLAM siri 2
No comments:
Post a Comment