Tuesday, January 12, 2010

TIPS KEIBUBAPAAN: ANAK PINTAR

Oleh: Rosnah Ahmad
Kembali menemui pembaca. Moga semua berada dalam lembayung rahmatNya.

Anak-anak kembali ke sekolah. Syukur. Bermula kembali sesi persekolahan. Bagi saya ini bermakna anak-anak kembali kepada rutin harian yang lebih terurus.
Minggu persekolahan mengingatkan saya kepada peristiwa 9 tahun lepas ketika saya mula-mula mengajar sementara di sebuah tadika swasta kerana ingin menimba pengalaman.
Seperti biasa minggu pertama agak sibuk dengan kerenah anak-anak dan pendaftaran. Saya mengendalikan kelas 6 tahun.
Pada hari kedua, saya memberi sehelai kertas putih dengan lakaran gambar rumah untuk di warnai oleh anak-anak. Ia bertujuan mengenalpasti tahap kemahiran jari mereka.Belumpun bermula seorang anak perempuan bernama Hanan menghampiri saya dan berkata.
”Cikgu, saya dah siap” ujarnya dengan yakin sambil menghulurkan kertas yang diberikan tadi.
” Oh! ya ke” kata saya. ” Tapi rumah ni belum di warnakan lagi”.
”Cikgu, rumah ni warnanya putih”.
”Ok” kata saya. ”Bagaimana dengan atapnya”.
”Warna putih juga. Semua rumah tu putih”
”Pintar budak ni” bisik hati saya.” Ok tak apa. Bagus. Terima kasih Hanan. Hanan boleh duduk tapi jangan ganggu orang lain ye.” pesan saya kepada Hanan.
Hanan akur dan duduk. Tampak tenang dan gembira. Saya rasa mungkin dia gembira kerana saya menerima hasil kerjanya.
Saya tahu saya mesti menerima pendapat Hanan dan menghargai kreativiti hasil kerjanya.Begitulah kanak-kanak.
Hanan menunjukkan ciri-ciri kanak-kanak pintar. Pendapat mereka sukar diramal dan bernas. Dan tekaan saya tepat.
Kebetulan Hanan anak seorang kenalan saya. Dia terus menunjukkan ciri-ciri anak pintar mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan tahun ini akan menduduki PMR.
Mungkin saya boleh berkongsi lagi berkaitan ciri-ciri anak pintar. Moga Allah mudahkan usaha saya untuk terus menulis setelah hampir dua tahun tidak begitu aktif menulis.
Setiap hari ada sahaja perkara baru yang saya pelajari dari anak-anak dan sebenarnya banyak perkara yang saya boleh kongsikan.Hidup lebih bermakna dengan anak-anak di sekeliling kita.
Terima kasih kepada semua anak-anak yang telah mewarnai hidup saya selama ini.

No comments: