Friday, January 09, 2004

Membentuk anak menjadi ulat buku

Email dari pembaca WWI:


Assalamualaikum..

Tujuan saya menulis ini adalah untuk menunjukkan sokongan saya terhadap
artikel yang bertajuk Al-Quran Membentuk Watak Anak... Sebenarnya sifat suka
membaca memang patut dipupuk sejak usia setahun jagung lagi. Saya adalah
seorang umi muda dengan seorang anak perempuan berusia setahun 8 bulan.
Setiap apa saja tutur kata dan tingkah laku saya sebagai ibu khususnya
sentiasa jadi perhatian dan dijadikan model untuk diikuti. Oleh itu saya
sangat bersetuju sekiranya membaca itu dibentuk dan dimulai dahului oleh ibu
bapa sekiranya ingin anak-anak yang "ulat buku". Saya bersyukur kerana
mempunyai anak yang cerdik dan mudah dibentuk dan sehingga hari ini dia
tidak leka untuk membaca doa dan faham apa itu solat dalam usianya yang
begitu muda...Untuk pengetahuan puan saya kini berada di London tetapi
alhamdulillah anak saya boleh dibentuk mengikut cara kita sendiri di samping
tidak melupakan duniawi secara langsung.Sekian terima kasih...Wassalam

Umi bertuah
London

No comments: