Thursday, June 17, 2004

Dihantui oleh dosa silam-emel dari Rabiah

Emel dari pembaca WWI yang sedang gundah gulana:

Assalamualaikum…..
Saya seorang gadis yang berusia 26 tahun dan bakal bertunang dengan jejaka pilihan hati dan amat direstui keluarga kedua2 belah pihak..apa yang menghantui diri saya adalah dosa2 silam yang telah saya lakukan dengan bekas kekasih saya.Bakal suami saya mengetahui saya pernah bercinta dengan bekas kekasih saya.Buat pengetahuan puan, bakal suami saya tahu bahawa saya pernah bercinta dan mengetahui kami berpisah kerana keluarga saya tidak merestui perhubungan kami. Namun bakal suami saya selalu bertanya apa yang kami telah lakukan pada masa lepas dan dia mengharap saya tidak melakukan perkara2 yang bertentangan dengan agama bersama bekas teman lelaki kerana katanya sebelum ini dia tidak pernah walau memegang tangan wanita lain sehinggalah dia betul2 rasa yang wanita itu adalah memang dia yakin itu adalah bakal isterinya dan sekarang dia berani memegang tangan saya. Baginya jika dia menjaga wanita lain, dari melakukan perkara2 yang bertentnagan dengan adab sopan masyarakat dan agama,maka dia mengharap lelaki lain juga tidak melakukan perkara yang sama kepada bakal isterinya iaitu saya insyaAllah..Soalan saya sekarang patutkah saya memberitahu bakal suami saya bahawa saya pernah tidur sekatil dengan bekas teman lelaki saya?walaupun saya amat menyesali apa yang telah saya lakukan (kami hampir berzina ) bakal suami saya menyatakan bahawa dia benar2 ingin tahu apakah yang telah saya lakukan dengan bekas teman saya kerana kasih sayangnya kepada saya mungkin akan tergugat setelah dia mengetahui perkara ini daripada orang lain.dia mahu tahu sekarang dan dia mungkin akan menerima saya apabila selagi saya berkata benar dan menceritakan keseluruhannya. Puan dalam kes ini patutkah saya berkata benar dan menceritakan keburukan dan kesilapan lepas saya sendiri kepada orang lain. Siapakah lagi yang boleh menutup aib saya sendiri jika saya sendiri yang membukanya dan apakah pula perasaan bakal suami apabila dia mengetahui bahawa kami pernah tidur sekatil? Adakah dia betul2 dapat menerima saya selepas itu? Soalan saya lagi adakah saya sekufu dengan bakal suami saya dan patutkah saya teruskan hubungan ini? Saya harap puan dapat memberikan jawapan kepada saya yang buntu kerana saya merasa serba salah apabila dia selalu bertanya saya dan mengharapa saya dapat meyakinkannya bahawa sayalah wanita yang dia harapkan (iaitu wanita yang pandai menjaga maruah diri) kerana dia benar2 ingin menyayangi saya dan ingin hidup bahagia tanpa rasa prasangka antara satu sama lain.

Jawapan:
Waalaikumussalam war wab.
Sdri Rabiah,


Beritahu tunang adik, bahawa Rabia tidak pernah berzina dan masih suci. Minta dia cuba memahami realiti kehidupan,yang kita lalui, kita pasti melalui 2 fasa, fasa jahiliah dan fasa Islam. Semasa jahiliah kita telah melakukan beberapa perkara yang tidak syar'i kerana kejahilan dan kelemahan kita. Namun sebaik sahaja kita telah memasuki fasa Islam, kita mula memahami tuntutan Islam, kini adik sudah bertaubat dan tidak akan melakukan perkara yang tidak elok seperti dahulu. Perkara yang berlalu biarkan di simpan di dalam lipatan sejarah. Tidak payah di ungkit ungkit lagi. Bina hidup baru dengan perspektif yang baru. Jangan ceritakan peristiwa hitam itu secara details , itu akan menyusahkan diri sendiri dan akan mengubah tanggapan tunang kepada Rabiah.

Ingatan penting!, Jangan sekali-kali Rabia benarkan tunang sekarang menyentuh atau berpegang tangan dengan Rabiah, kerana 'pertunangan' tidak menghalalkan pergaulan bebas apalagi bersentuhan, sebab belum ada sebarang ikatan yang menghalalkannya.

Rabia perlu ingat bahawa jika Rabia benarkan dengan tunang sekarang , ini akan menimbulkan tanda tanya tunang ini tentang perhubungan dahulu.

Mula dari sekarang adik hendaklah solat sunat taubah setiap kali ada masa yang terluang dan mohon ALlah mempermudahkan segala urusan adik

Semoga Rabiah istiqamah mempertahankan mahkota muslimah Rabiah


No comments: