Saturday, July 24, 2004

Bagaimana nak buka TASKA

Bagaimana nak buka TASKA

Saya berminat untuk membuka taman asuhan kanak-kanak (TASKA) namun
tiada pengalaman dan kelulusan di dalam bidang tersebut. Bagaimana
untuk memulakan kerjaya dalam bidang tersebut , boleh berikan INFO
berkaitan perkara berkenaan? ...(samada kursus-kursus berkaitan,
langkah awal persiapan , masalah-masalah atau apapun info panduan )
sila maklumkan ke email saya di alamat norliya5852@yahoo.com

Jawapan

Sorry lambat respon. Taska atau taman asuhan kanak-kanak didaftarkan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Akta terbaru telah diluluskan dimana kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat malaysia, Majlis Tempatan, Bomba, Jab. kesihatan dan JKM mesti diperolehi bagi premis yang ingin digunakan untuk operasi taska. Jadi dicadangkan berjumpa dengan pegawai bahagian taska di JKM untuk urusan pendaftaran baru dan beliau akan memberitahu langkah2 yang perlu diambil.Premis untuk taska juga mempunyai beberapa kriteria contohnya mesti lot tepi. Dapatkan buku panduan dulu dari JKM dengan harga RM10.00 kalau tak silap.

Mengenai kursus boleh contact Persatuan pengasuh Berdaftar Malaysia (PBBM) atau mana-mana persatuan pengasuh negeri berhampiran. JKM juga boleh membantu memberikan maklumat dan no. tel. persatuan berhampiran.Terdapat beberapa kursus asas dan bagi yang ingin membuka taska diwajibkan mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak. Ianya dianjurkan oelh JKM dan PPBM dan ada juga dengan kerjasama Persatuan Pengasuh negeri. Contohnya Pahang may be akan adakan tahun ni di Kuantan pada penghujung bulan Sept. Kursus ini mengambil masa hampir 3 minggu dan termasuk teori dan praktikal. Harap ini membantu, kalau ada apa-apa masalah sila tanya lagi. Good luck.

Rosnah
Taska An-Nur, pusat jagaan Nur Iman dan Tadika Nur Iman

2 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum...

Anonymous said...

assalamualaikum,
saya nak buka taska tetapi saya tak tahu bagaimana nak letak harga yuran yang dapat di terima oleh semua ibu bapa.memandangkan keadaan ekonomi sekarang tidak menentu.