Berdoa dengan khusyuk, bagaimana?
Terima kasih diatas RENCANA menegnai doa tersebut diatas dalam Berita Harian bertarikh 26 Febuari 2003, untuk pengetahuan saya terbacanya dalam akhbar di pejabat,sesudah membacanya saya begitu tertarik dengan isi kandungannya lalu terus mengoyak sehelai m/suratnya untuk disimpan dan dibaca berulangkali sehingga ke tarikh ini, Namun begitu teramat sukar untuk saya mengikuti apa yg tersirat dlm kandungannya walau teramat sangat
ingin saya mengamalkannya, untuk pengetahuan puan saya dan rakan-rakan sepejabat pernah satu ketika dlm tahun 2002 mengikuti kursus Jati Diri yang dianjurkan oleh Pejabat tempat kami bekerja namun ianya sedikitpun tidak memberi kesan kpd kami,bahkan masing-masing masih lagi berkelalukan spt. sebelum berkursus dan lebih teruk lagi.
1. Wbgmanapun saya tidak mampu utk memikirkan hal org lain, yang utamanya saya ingin mengetahui atau meminta nasihat dpd Puan utk perkara-perkara berikut:
2. Bagaimanakah caranya utk saya berdoa dengan lebih khusyuk dan berterusan.
3. Bagaimanakah caranya utk saya khusyuk dan cukup sembahyang & tidak mudah meninggalkannya.
4. Bagaimanakah caranya utk menghilangkan rasa curiga atau buruksangka terhadap orang lain.
Jamilah Yusoff
Jawapan:
Wa'alaikumus-Salam wr.wb.
1. Syukur kepada Allah di atas ni'mat iman dan menjadikan kita termasuk dalam golongan orang Islam.
2. Untuk khusyuk berdoa: hayati apa yang kita pohon dalam doa itu, rasai betapa berhajatnya kita kepada-Nya dan betapa lemahnya kita, tidak berupaya mencapai suatu apapun dalam hidup ini tanpa bantuan-Nya. Jika tidak boleh hayati kerana doa yang dibaca itu dalam bahasa Arab, maka panjatkanlah doa dengan bahasa yang anda fahami.
3. Solat adalah tiang agama. Solat juga merupakan garis pemisah antara muslim dan kafir. Amalan yang mula-mula dihisab pada Hari Akhirat nanti adalah solat. Dengan mengingati semua itu, insya Allah memberi dorongan kepada kita untuk tidak memandang ringan kepada kewajipan mendirikannya. Antara cara untuk khusyuk ialah fahami ayat-ayat yang dibaca serta hikmah yang tersurat di sebalik rukun serta syaratnya.
5. Buruk sangka adalah satu dosa besar. Sebagai manusia kita tidak mengetahui apa yang tersirat di dalam hati makhluk Allah yang lain. Oleh itu pandang dan nilai mereka pada aspek yang zahir sahaja. Serahkan yang batin kepada Allah. Apa yang ada di dalam hati adalah rahsia antara hamba dengan Allah semata-mata.
6. Untuk membentuk jatidiri tidak cukup dengan berangan-angan sahaja. Ia mesti diikuti dengan usaha serta mujahadah yang berterusan. Wanita JIM mempunyai cawangan di hampir setiap daerah di Malaysia ini. Hubungi cawangan WJ yang paling hampir dengan lokasi anda. Sertai program-program tarbiah belpagai bentuk yang disusun untuk sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam usaha menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna.
No comments:
Post a Comment