Assalamuálaikum wbk
Apakah hukum pakai kad kredit yang biasa
seperti Maybank, Citibank, RHB dll ? Bagaimana kalau kita beli pakai
kad kredit tapi bayar penuh setiap bulan supaya tak kena faedah ?
Bagaimana pula skim pembelian pakai kad kredit yang boleh automatik
dapat 0% interest for 12 months installment (Maybank dan Citibank
biasa ada offer ni) ? Jzkk wasalam -Vivi-
Jawapan
Kad Kredit dalam fiqih Islami dinamakan'Bataqah al_i'timan atau
bataqah al_i'timaad.' Maksud bataqah a'_i'timan ialah sistem hutang
piutang yg dilakukan bila ada jaminan. jaminan di zaman silam ialah
penjamin yg dipercayai, manakala zaman sekarang jaminan ialah kerjaya.
Sebab itu kelulusan kad kredit bergantung kepada kerjaya dan
pendapatan bulanan.
Hukum kad kredit ini adalah HARUS. Jika dijamin pembayaran bulanan
dibayar penuh dan tidak mengeluarkan cash (Cash withdrawal).
pembayaran minima dan pengeluaran Cash akan dikenakan interest dan
haramlah sistem interest ini. Inilah Fatwa Islam Online (Fatwa Dr
Monzer Kahf dan Dr Muzzamil Siddiqiey, dua orang mufti yg juga pakar
Ekonomi antarabangsa)
Menjawab soalan anda:
1. Hukum menggunaapakai kredit kad itu harus dengan syarat anda
membayar penuh bil bulanannya.
2. Skim interest free itu juga adalah harus kerana interest itulah
sebab pengharamannya. Jika interest itu tiada, maka skim kredit itu
menjadi Halal.
3. Gunakan kad kredit yg dikeluarkan oleh perbankan Islam: Kad kredit
Arab malaysian dan kad kredit Bank Islam Malaysia. Jika ditakdirkan
anda gagal dapat membayar bil bulanan secara full, kad kredit Islam
tidak mengenakan interest.
sekian
No comments:
Post a Comment