Tuesday, July 13, 2004

Kemusykilan: Aurah, warna baju dan lipstik

Beberapa pembaca setia WWI (wadah Wanita islam) telah menghantar beberapa persoalan. Maka InsyaAllah, wanita JIM akan cuba untuk memberikan jawaban, mungkin tidak dapat mnejawab semuanya namun boleh mngurangkan beban di dalam fikiran.

Assalamualaikum Prof? Saya Puan Khairul Bariah Bt Abdul Kadir Ingin bertanya beberapa soalan....

1.Bolehkah wanita islam memakai seluar iaitu seluar yang longgar dan menutup auratnya...contohnya pakaian berjoging,baju yang melepasi punggung dan seluar yang longgar?

Ya, diharuskan dan halal, asalkan longgar dan menutup aurah.

2.Seperti yang kita tahu di malaysia terdapat pelbagai jenis corak kain dari yang berbunga-bunga dan berwarna warni untuk membuat pelbagai jenis fesyen baju.Adakah boleh saya memakai baju kurung berbunga-bunga dalam kehidupan seharian dan menutup aurat?

Diharuskan memakai baju bercorak dan pelbagai warna asalkan jangan terlalu terang, glaring. yang penting tidak jarang tidak ketat.

3.Bolehkah wanita islam memakai lipstik? Saya hanya memakai lipstik yang tidak terang di mana tidak nampak langsung warnanya..lebih kepada warna neutral supaya bibir saya tidak kering ketika keluar terutamanya berkerja di tempat yang berhawa dingin dan memakai lipstik yang terang ketika di rumah sahaja dengan niat menghias diri hanya untuk suami...adakah cara saya ini bertentangan dengan islam?

Harus Pakai yang tidak berwarna terang untuk kesihatan bibir diharuskan, tetapi niat bukan untuk menunjukan kecantikan atau melawa.

4.Soalan saya yang terakhir...Apakah maksud NINA dan ERINA ?

Saya harap Prof. dapat menyelesaikan persoalan yang sering bermain di fikiran saya ini...Segala jawaban dari Prof amatlah saya hargai dan mudah-mudahan Prof. di murahkan rezeki serta mendapat pahala yang berlipat ganda dari ALLAH S.W.T kerana membantu saya.Insyaallah....................

Nina maksudnya nenek dalam bahasa Mesir (Peranchis) pasar.
Erina tidfak ada maksud tetapi Arina bermaksud tunjukkan kepadaku.

Semoga Allah merahmati kita semua InsyaAllah.
Jazakumullah khairan.


Dari Khairulbariah,
ktlm_79@yahoo.com.my

No comments: