Oleh Puan Sumilah Marto(Ketua Wanita JIM Johor)
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Berpurnama sudah kami menunggu
Akhirnya impian menjadi kenyataan
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, WANITA JIM JOHOR DENGAN KERJASAMA WANITA JIM JOHOR BAHRU DAN PTS PUBLICATIONS & DISTRS. SDN BHD telah berjaya mengendalikan Bengkel Penulisan pada 11 Julai 2004 bertempat di IMAN ELC Johor Bahru.
Seramai 35 peserta terdiri dari ahli-ahli JIM Negeri Johor termasuk dua orang dari JIM Melaka (tabik spring kepada Dr Mai dan Siti – Melaka) telah menghadiri kursus ini wp target penganjur hanyalah seramai 30 orang sahaja.
Beberapa penyertaan di saat-saat akhir terpaksa ditolak kerana tidak mahu menjadikannya sebagai satu sesi ceramah….
Tahniah dan terimakasih yang tidak terhingga kepada Sdr Fauzul Naim dan Pn Nurul kerana telah mencelikkan kami dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan penulisan dan penerbitan. Mudah-mudahan motivasi yag diberi di sesi pertama awal pagi menjadi pencetus momentum kepada semua tentang peri pentingnya penulisan dalam penyebaran dakwah….Semuga Allah memberkati pasangan ini!!
Terima kasih daun keladi kepada KW JIMJB, Kak Norsiah dan teamnya yang telah bertungkus lumus memastikan bengkel dapat dilaksanakan dengan selesa dan tenang serta perut yang kenyang..…
Akhirnya syabas kepada semua peserta kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang bengkel dijalankan. Satu je pesanan dari penaja…..JELMAKAN KOMITMEN ANDA KE DALAM BENTUK PENULISAN BUKU….Ingat janji semua…Proposal mesti dihantar dalam tempoh dua minggu dari sekarang!!
Buktikan pelaboran Wanita JIM Johor berbaloi….bukan dengan pulangan wang ringgit tetapi dengan sebaran dakwah melalui tinta anda ….
TERIMA KASIH DAUN KELADI
MOGA CORETAN TINTA MENJADI
KW JIM JOHOR
PRIHATIN BERWIBAWA KONSISTEN BERPRINSIP
1 comment:
tahniah wanita JOHOR. Teruskan usaha. Macamana kalau tips penulisan tu dipostkan dalam website macam ni..ada orang seperti saya ni nak p, tapi tak dapat p pada hari itu
jzkk
siti rokiah siwok
srsiwok@gmail.com
Post a Comment