Saturday, July 10, 2004

Kolokium kalbu -4: Suka menghasut dan memfitnah

SUKA MENGHASUT DAN MEMFITNAH

Jika orang yang sihat KALBUNYA senantiasa rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman.
Sebaliknya orang yang berpenyakit jiwa dan kalbu kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat bolehlah dikatakan sebagai pesakitb jiwa, merana kalbu.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’
(Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)


MENARUH HATI TERHADAP WANITA YANG SUDAH BERSUAMI

Salah satu gejala daripada ketidak-normalan jiwa ialah jatuh hati atau sikap menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita-wanita yang sudah mempunyai suami. Kerana itulah, maka Allah memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

‘Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak sama dengan seorangpun dari wanita-wanita lain jika kamu berbakti. Maka janganlah kamu berlembut kata (kepada lelaki lain), kerana akan menaruh harapan (akan timbul keinginan) orang yang hatinya ada penyakit melainkan ucapkanlah perkataan yang sopan.’

(Q.S. Al-Ahzab, ayat 32)


Di antara ahli tafsir ada yang mentafsirkan pengertian penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina. Keterangan ini logik kerana orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram. Orang-orang yang cenderung kepada hal-hal yang tidak wajar dan menyimpang dari nilai-nilai moral maka ia dipandang sebagai kelakuan yang tidak normal.

No comments: