Friday, July 09, 2004

Kolokium Kalbu -3 : Gejala gelisah, liar dan buruk sangka

GELISAH DAN KELUH KESAH

Orang yang bening kalbunya, terdapat ketenangan pada air mukanya.
Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit kalbu, kelihatan sikapnya yang dihurungi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itu mencerminkan ketidak stabilan kalbu dan mental.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah dan keluh kesah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’.

(Al-Maarij, ayat 19-23)


LIAR TERHADAP KEBENARAN

Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik.
Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit kalbu.

Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:

‘Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim.

(Q.S. An-Nur, ayat 50)


BURUK SANGKA

Antara tanda-tanda penyakit kalbu ialah buruk sangka dan prasangka yang tidak ada hujung pangkal, contohnya anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud:

‘Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata: ‘Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.’

(Al-Ahzab, ayat 12)


Selain mempunyai prasangka yang buruk terhadap Allah dan RasulNya, selalu buruk sangka amat mudah mencurigai orang lain tanpa alasan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Wahai orang yang beriman, tinggalkanlah sebahagian besar daripada sangka-sangka, kerana sebahagian daripada sangka-sangka itu dosa.’

(Q.S. Al-Hujarat, ayat 12)

No comments: