1. Dahulu semasa remaja sekitar umur 12-17 tahun...kadang-kadang saya tidak mengganti kan puasa yang saya tinggalkan sekiranya saya di datangi haid...sehingga masuk tahun berikutnya sampailah sekarang ini...maklumlah zaman remaja dulu malas dan suka enjoy...ini saya akui tetapi sekarang ini saya berusaha mahu menjadi muslimah sejati dan isteri yang solehah...tapi sekarang saya inggin menggantikan puasa tersebut dan membayar fidyahnya sekali...saya bertaubat tidak mahu mengulanginya kembali dan rasa menyesal turut timbul.... yang menjadi tanda tanya sekarang ini adalah saya tidak ingat berapa hari puasa yang saya tinggalkan...paling tidak pun kalau saya haid lamanya adalah 7 hari dan paling lama pun 10 hari...Bolehkan saya menggantikan 10 hari tertinggal untuk tahun pertama iaitu ketika umur saya 12 tahun sehinggalah 17 tahun iaitu kesemuanya sekali berjumlah 60hari...saya tak kisah walaupun sekiranya puasa yang tertinggal itu kurang daripada 60hari kerana saya memang dah tak ingat berapa hari yang tinggal itu asalkan saya berusaha menggantikannya....yang menjadi persoalannya saya tidak tahu untuk menghitung nilai fidyahnya...?Bolehkah Fidyah dibayar dalam bentuk wang ringgit kepada seorang janda yang mempunyai ramai anak dan miskin pula?Satu cupak bersamaan berapa gram dan bolehkah kiranya Prof / Ustaz / Ustazah menghitungkan nilai fidyah yang perlu saya bayar...untuk pengetahuan saya sekarang berumur 25 tahun...puasa yang tertinggal semasa haid dari umur saya 12-17 tahun...saya ingin menggantikan secara perlahan mungkin tahun ini saya akan gantikan sebanyak 20 hari dan saya bercadang pada tahun depan hendak gantikan habis... Di harap sangat Prof / Ustaz / Ustazah dapat membantu saya....
2. Setiap kali saya pulang ke rumah ibu mertua...maka kami ipar duai lelaki dan perempuan pasti akan berkumpul sekali...Ketika ini saya akan menutup aurat saya kerana saya tahu aurat dengan ipar lelaki adalah sama dengan aurat dengan bukan muhrim...cuma saya tidak memakai stokin sahaja kerana memudahkan saya ke bilik air kerana saya kerap ke bilik air dan amat menyukarkan untuk membuka dan memakainya semula...adakah ini dibenarkan?dan saya keliru adakah apabila memakai tudung adakah wajib menutup dagu sekali seperti ketika memakai telekong?kerana ada yang kata dagu juga mesti di tutup dan ada yang kata tidak mengapa...? sekadar pin kan tudung tersebut dileher iaitu di bawah dagu... dan menutup aurat....
3. Apakah maksud nama-nama ini?-Rosman Azli,Rina,Raflis Aiman
Terima Kasih,diharap Prof / Ustazah dapat membantu menyelesaikan kemusykilan saya.
ktlm_79@yahoo.com.my.
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wa rahmatullahi wa barakatuh.
Pertama saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas kesungguhan dan keikhlasan puan mencari keridhaan Allah s.w.t. Semoga jalan yang puan tempuhi sentiasa dilimpahi rahmat dan inayah-Nya.
1. Mengenai bilangan puasa yang perlu diqadha' jika kita tidak pasti, bolehlah dibuat anggaran sebagaimana yang puan cadangkan itu.
2. Fidyah yang dikenakan ialah bagi mereka yang sengaja melewatkan qadha' puasanya tanpa apa-apa keuzuran ialah anggaran 1 cukap sehari bagi yang melewatkan satu tahun, jika dua tahun digandakan menjadi dua dan begitulah seterusnya.
3. Harus dibayar dengan wang dan diberikan semuanya kepada seorang penerima sahaja, asalkan penerima itu termasuk dalam kategori orang miskin.
4. Menururt pendapat ulamak Mazhab Hanafi dan sebahagian Mazhab Syafi'e, al-qadaman (dua tapak kaki, termasuk bahagian atasnya) bukan aurat. Oleh itu harus membukanya kerana hajat atau kerana kesukaran menutupnya.
5. Di dalam sepotong Hadis, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Allah tidak menerima solat wanita yang telah haid kecuali dengan khimar." Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan, khimar adalah tudung yang menutupi kepala dan leher. Jadi dagu tidak termasuk aurat yang wajib ditutup.
6. Rosman, Rina, Raflis dan Azli bukan perkataan Arab. Azali bermakna tiada permulaan. Aiman bermaksud yang membawa keberkatan. Allahu A'lam. Yang benar itu dari Allah. Jika tersalah adalah dari kelemahan saya, semoga Allah mengampuni kita semua.
No comments:
Post a Comment