Thursday, July 15, 2004

Kanta di dalam mata mayat

Assalamualaikum,

Sekarang nie ramai orang terutama orang tua menjalani pembedahan mata dan
memasukkan kanta ke dlm mata.Soalan saya, perlukah kanta itu dibuang setelah orang itu meninggal dunia? Harap ustazah dapat membantu saya.. Terima kasih.
Rozimah

Wa'alaikumus-salam wr.wb
Sesuatu yang asing, yang berada di badan mayat hendaklah dibuang, seperti gigi palsu dan seumpamanya. Tetapi jika ada kesulitan yang menyebabkan tersiksa mayat kerananya, tak perlulah dibuang. Jadi jika sekiranya untuk membuang kanta itu terpaksa mengorek mata mayat umpamanya, maka biarkan saja, tak perlulah dicabut

No comments: