Tuesday, July 20, 2004

Remaja lelaki cemerlang ?

Oleh:
Ainul Mardhiah Mohd Yusoff

Tahniah kerana Wanita JIM banyak menulis mengenai pendidikan remaja lelaki.
Tidaklah rasanya saya seorang saja yang bimbang dengan kemerosotan
prestasi pelajar lelaki.

Saya tidak berani komen hal ini kerana saya sendiri masih belum
berumahtangga dan tidak pula terlibat dalam bidang pendidikan. Tapi
saya memang fitrahnya seorang yang terlalu sensitif dan cepat risau. Saya
amat bersetuju bila puan katakan yang anak lelaki masa ini tidak diberikan
tugasan khusus. Bukan tak di beri, tapi tugasan anak lelaki telah jumud
seiring dengan peningkatan ekonomi keluarga.

Jika dulu masa saya kecil, saya masih ingat Along akan menolong abah di
bendang, tapi kini, Along yang mewarisi bendang tersebut telah menyerahkan
urusan bendang pada kooperasi. Along Di KL. Along junior entah apa kerjanya tak tahulah kami, tiba-tiba saja Along Jr kena tindakan disiplin kerana
ponteng sekolah.Itulah senarionya. Tak sesuai pula nak suruh anak lelaki untuk buat
kerja dapur, takut pula jadi macam Abang As. Tak mau kawin-kawin. Habis
office buka saloon. Duduk cuci muka-muka (facial) mak-mak datin Puspanita
perasan. Tak tahulah. Abang As memang cemerlang dari segi pencapaian ekonomi.
Tapi apalah ertinya, sebab Abang As sudah tiada feeling untuk berumahtangga
selepas frust bercinta.

Sebenarnya saya anak tunggal. Along dan Abang As adalah 2 lelaki yang
paling saya senangi. Saya pernah berangan untuk ajak Along Jr tinggal bersama
saya. Tapi saya ini tinggal pun menumpang dengan datuk sendiri. Alangkah
bagusnya jika saya ada suami dan berkeluarga. Tapi untuk memikat hati lelaki pun
saya tak mampu.

Kata rakan, lelaki zaman ini memilih yang cantik luarannya. Saya yakin
dengan pendapat ini kerana tahun lepas saya ada mendapat hadiah buku
Rahsia Wanita. Dari pemberian itu saya buat kesimpulan sendiri, yang lelaki
zaman ini tidak yakin dengan wanita seperti saya. Al maklum saya gemuk. Kata
rakan lagi orang gemuk cepat lelah. Dikhuatiri tidak dapat melayan suami
dengan baik di ranjang.

Jika begitulah mentaliti lelaki melayu pada zaman ini, saya tidak berkecil
hati langsung, kerana pada pendapat saya rakan-rakan yang berkata demikian
sebenarnya tidak yakin dengan takdir ilahi yang ajal maut, jodoh pertemuan
itu di tangan tuhan. Soal jodoh adalah urusan dan hak Allah. Memang saya
perlu menurunkan berat badan. Tapi saya lakukan senaman adalah semata-mata
untuk kesihatan.

Saya akui yang selama ini saya agak cuai dalam memperhatikan soal berat
badan. Walau pernah dinasihatkan doktor, seperti masuk telinga kiri keluar
telinga kanan. Bila umur dah, masuk angka 30 baru saya rasa kecut perut.
Baru saya takut untuk tidak bersenam.

Memang terasa juga mau berteman tapi fikir saya, saya sudah tua pula.
Lelaki melayu takut pula nanti si tua ini sukar melahirkan anak. Where am I
for this 30 year, what have I done? As if I'm wasting my time.
Sepatutnyalah waktu-waktu umur 20-30an itulah sepatutnya cari teman.
Tapi ini tidak berlaku pada saya kerana pada ketika itu saya sibuk mencari diri
sendiri dan saya yakin urusan jodoh itu hak Allah. Hodoh dan gemuk macam manapun
jika sampai jodoh, kawin juga. Shanie pun kawin tapi Nasha Aziz yang cun
melecun tu sampai laa ni masih macam tu juga.

Sekiranya dalam perkiraan lelaki melayu, umur seperti saya tidak lagi
produktif dan bentuk tubuh seperti saya tidak layak beradu di ranjang,
tidak mengapa, di kesempatan yang lain, saya akan cadang beberapa perkara
untuk kita kongsi bersama untuk melahirkan lelaki remaja cemerlang.

Sekian buat hari ini. Idea saya setakat ini dulu.
Terima kasih. mardhee@hotmail.com

_____________________________________________

No comments: