Tuesday, July 06, 2004

Sensitiviti kita terhadap masalah Isu semasa, kes Rosli, Isu GRO, Zina dan Pembuangan bayi

Ketua Wanita JIM, Dr Harlina Halizah telah menyatakan keperihatiann beliau terhadap beberapa isu kebejatan sosial yang berlaku di sekeliling kita. Antaranya :

1. Kematian insan berhati mulia Encik Rosli, elok kita hargai! Sebagai satu organisasi dakwah, WJIM amat tersentuh utk. memberikan penghormatan dan sanjungan kepada manusia yang sanggup menolong insan lain. Mungkin antara kita menziarahi rumah balu allahyarham, hulurkan sedikit sumbangan dan bantuan utk. anak-anak yang masih kecil. Jika DAP hendak memberikan Anugerah Rosli. Kita seharusnya paling minima menghulurkan simpati, seunjuk rasa sebagai tanda penghargaan kita kepada pengobanan nyawa yang mahal itu.

2. Isu GRO dari kalangan wanita Islam (sama ada dari Kelantan atau dari kalangan siswi IPTA/IPTS). WJIM mendesak agar fenomena ini diambil perhatian serius, serta langkah-langkah yang patut diambil oleh kerajaan - YADIM,JAKIM & orangramai. Adalah tidak adil jika kita menyalahkan GRO yang terbabit. Para majikan 'pub', karaoke,kelab-kelab malam dan pusat maksiat yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan juga perlu di kaji dan di pantau. Majlis bandaran yang menutuo mata terhadap operator kelab kelab eklusif juga seharusnya melihat kembali tugas utama mereka dalam meberntareas gejala maksiat yang berleluasa.

3. Hanif Basree didapati tidak bersalah. Malahan jadi hero nasional - semua pihak termasuk isterinya & MBSA, memberikan peluang kedua kepada seorang yang telah TERBUKTI berzina (DNA-printing!). Memanglah negara ini tidak mengamalkan hukum hudud, tapi perlu ada usaha untuk address 'isu perzinaan' yang seolah olah diterima pakai sebagai norma masyarakat,seakan sudah menjadi mangli dan perkara biasa terutamanya jika melibatkan golongan kelas atasan ! Apa usaha untuk menghalang dan mencegah perbuatan sumbang ratusan lagi wanita Muslim muda yang seperti Noritta & Azura dan lelaki `kelas atasan'?

4. Pantai LIDO jadi tempat buangan bayi di Johor. Tiga bayi ditemui terapung dalam tempoh SEBULAN! (laporan Mingguan Metro - 27 Jun) Mungkin WJIM Johor perlu membuat satu kenyataan akhbar, agar pihak yang bertangungjawab akan terbuka mata dan m,engambil tindfakan yang pantas untuk mengelakkan gejala ini terus berlanjutan dan merebak.

No comments: