Wednesday, July 07, 2004

Kolokium Kalbu -1: Penyakit dan penyelesaian nya

Kolokium kalbu membicarakan mengenai hati, roh, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan perasaan.Kolokium ini membicarakan apa-apa gejala yang berkaitan dengan nya seperti menangkap dan menyimpan pengertian, mengingat, berfikir, berkemahuan, rindu, sedih, gembira dan sebagainya.Sekaligus cuba untuk membersihkan dan memperbaikinya.

Imam Ghazali dalam kitab Ihya ulumiddin menerangkan bahawa roh itu ada dua makna.

Pertama berupa jenis fizikal yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan.

Kedua, ianya berupa sifat dan perasaan halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian.

Penyakit-penyakit hati ini dan kalbu ada disebutkan dalam Al Quran;Firman Allah yang bermaksud:

‘Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan’.

(Q.S. Al-Baqarah, ayat 10)

No comments: