Monday, July 19, 2004

“Syurga terletak dibawah telapak kaki ibu"

Saya sudah berumahtangga namun sering kali gagal apabila diuji Allah dengan
perbuatan ibu. Walau cuba berhubungan baik dengan ibu namun sikapnya yang
bertentangan mudah membuat saya tewas dan berkata kasar dengannya.
Saya begitu sedih kerana walau dinasihati dengan baik ibu terlalu mudah
menghukum sebagai anak durhaka.
kini saya telah berkeluarga dan bersuami, jika masih berlarutan masalah dengan
ibu apakah masih dikira sbg anak durhaka.
Saya ingin sekali menunjukkan betapa saya amat menyayanginya namun semua itu
tidak dapat saya tunjukkan lantaran ibu yang langsung tidak dapat menerima
teguran (walau untuk kebaikan dan nyata benar untuk ketenangan hari tuanya)dan
saya pula begitu cepat tewas jika ibu berkata kasar dan mengeluarkan perkataan
yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang ibu.Bantulah saya.Terima kasih.

Halimah

Jawapan:

Wa'alaikumus-Salam wr.wb.
Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Diharap suatu hari nanti Allah memudahkan puan mengatasinya. Saya kemukakan empat cadangan yang mungkin boleh membantu, insyaAllah.
1. Amalkan doa-doa khusus untuk melembutkan hati. (boleh didapati di dalam buku-buku panduan doa). Saya tak boleh sertakan di sini kerana tiada kemudahan untuk menulis huruf Arab.
2. Cuba gunakan kaedah pelaziman minda (meminjam kata-kata pakar motivasi). Maksudnya bayangkan selalu di dalam minda apa yang ingin kita capai. Bayangkan puan bertemu dengan ibu dalam suasana harmoni, penuh kasih sayang, gelak ketawa dan seupamanya. Bayangkan sejelas-jelasnya apa yang puan hajati itu berulangkali, lebih-lebih lagi ketika mahu pulang ke rumahnya. Insya Allah apa yang dibayangkan di dalam minda, akan jadi kenyataan dengan izin-Nya.
3. Ibu juga mungkin perlu dinasihati. Mintalah bantuan ayah, atau adik beradik yang agak rapat dengannya, atau sesiapa yang dirasakan layak.
4. Sentiasa tunjukkan sikap yang baik. Kerap-keraplah berhubung melalui telefon umpamanya, walaupun hanya sekadar mengucap salam dan bertanya khabar. Bawa buah tangan ketika pulang, dan apa-apa yang dirasakan boleh menyenangkan hatinya selagi tidak bercanggah dengan agama. Berdoa dan bertawakkallah kepada Allah. Dialah Yang Memiliki hati-hati hamba-Nya. Dia mengubah hati seseiapa yang dikehendaki-Nya.



No comments: