Saturday, August 21, 2004

Aurat Ipar duai

Assalamualaikum
Prof. Ustazah Maznah
Saya ada kemusykilan berkenaan aurat ipar duai ( adik beradik kepada isteri saya atau isteri pada adik beradik saya )saya minta ustazah boleh tolong jelaskan keadaan ini sebab setahu saya walaupun kita haram berkahwin dengan mereka selama masih belum bercerai, aurat perlu ditutup. Terdapat pandangan daripada orang yang alim juga dalam agama menyatakan aurat mereka boleh dibuka dan tidak membatalkan air sembahyang.sekian terima kasih.
Azman(Bekas pelajar ustazah sesi 2000 UITM)

Jawapan:

Wa'alaikumussalam wr.wb.


Syukurlah masih ingatkan saya, hendaknya apa yang dipelajari dulu terus diamalkan hingga ke akhir hayat. Berkenaan aurat ipar duai, memang betul apa yang Azman katakan itu.
Hubungan seseorang lelaki dengan keluarga isterinya terbahagi kepada dua kategori: haram berkahwin selama-lamanya iaitu ibu kepada isteri dan anaknya (jika isteri itu telah mempunyai anak dengan suaminya yang dahulu). Kategori inilah yang tidak batal air sembahyang dan tidak wajib memakai tudung. Kategori kedua pula ialah yang haram berkahwin sementara seperti adik beradik, ibu saudara dan anak saudara kepada isteri. Dengan mereka ini tetap batal air sembahyang dan wajib bagi mereka memakai tudung di hadapan lelaki tadi.
Allahu A'lam.
Prof Madya Maznah Daud

No comments: