Nik Mansor
Jawapan:
Amalan tindik telinga di kalangan wanita Islam adalah tidak dilarang. Menurut kepercayaan, amalan itu telah wujud sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
Amalan tindik telinga di kalangan lelaki kelihatan begitu berleluasa sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat saya amalan tersebut tidak wajar kerana beberapa sebab:
1. Kebanyakan lelaki yang bertindik telinga hanya dilakukan pada sebelah telinga sahaja. Ia kelihatan anih, tidak melambangkan keperibadian muslim yang mantap dan murni. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan perkara-perkara yang pelik atau menonjolokan imej yang buruk dan jelik seperti mencukur sebahagian rambut di kepala dan membiarkan sebahagian lain tanpa dicukur. Di dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Umar r.a. Rasulullah s.a.w. melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya, lalu baginda bersabda maksudnya: "Cukurkan kesemuanya atau tinggalkan kesemuanya."
2. Perbuatan itu pada asalnya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai haluan hidup yang jelas dan sering dikaitkan dengan maksiat. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya meniru orang-orang kafir dan fasiq. Baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah termasuk dalam golongan tersebut."
3. Jika bertindik kedua belah telinga maka perbuatan itu dikira menyerupai perempuan. Ini juga dilarang sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyeruapi lelaki. (Riwayat al-bukhari).
Prof. Maznah Daud
No comments:
Post a Comment