Dr Suriya Osman,
Saya berumur 26 tahun.Saya mempunyai seorang bapa yang sudah tua dan tiada pendapatan sendiri serta seorang kakak yang terencat akal. Saya juga mempunyai dua
orang abang yang mana seorang sudah berumahtangga dan seorang lagi belum berkahwin serta masih menganggur. Dulu saya dan adik perempuan saya yang menjaga dan
menyara bapa dan kakak saya tapi kini saya dan adik sudah bersuami. Soalan saya, mengikut hukum syarak siapakah yang bertanggungjawab menjaga dan menyara bapa dan kakak saya? Ini kerana status kami sebagai isteri menyukarkan kami untuk menjaga mereka kerana bergantung kepada kebenaran suami. Abang-abang saya pula mempersoalkan kami dengan alasan kami yang menjaga dari dulu tidak boleh melepaskan tanggungjawab
tersebut kepada mereka kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih besar sebagai suami berbanding kami sebagai isteri.
Siti Solehah,
Sepang Selangor.
Walaubagaimanapun selalunya dalam keluarga yang prihatin, perbincangan dan penjagaan ayah dan ibu akan di tentukan dengan secara syura kesemua adik beradik,
Seorang isteri perlu patuh pada suami tetapi jika suami menghalang perkara kebajikan keluarga kandung kita, dia perlu ditegur dengan baik dan mungkin khidmat nasihat juru kaunselling di pejabat ugama boleh menolong. Menolong dan menyara ayah dan ibu adalah perbuatan yang mulia yang berlipat ganda pahalanya kelak dan amat baik kalau kita adik beradik berebut-rebut untuk melakukannya.
Dr Suriya Osman (Kak Su)
No comments:
Post a Comment