Prof. Maznah Daud,
Assalamualaikum
Niat Tidak Dapat Menghalalkan Yang Haram...itulah ungkapan yang ringkas dan padat bagi menghuraikan sesuatu perbuatan yang sering saya dengar.
Saya telah membeli sebuah pakej pembelajaran bahasa Inggeris yang bagus. Harganya agak mahal. Saya telah mendapat sedikit potongan dari harga itu kerana menjadi kakitangan tempat kerja saya sekarang ini. Dalam masa yang sama pakej ini tidak dijual secara komersil hanya melalui saluran-saluran tertentu sahaja. bermakna, ianya susah diperolehi dan harga nya agak mahal. Saya berniat ingin membantu rakan-rakan dan jiran tetangga yang berminat tetapi kurang kemampuan dalam memiliki pakej ini. Niat saya adalah ingin membantu umat Islam.. Sudahlah kurang kemampuan buat ape lah kita ingin meng'kaya'kan orang Yahudi dan Nasrani dengan membeli dari mereka banyak-banyak.
Salahkah saya jika saya ingin mencetak ( bahagian-bahagian yang terpilih sahaja) dan memberi kepada mereka yang kurang kemampuan untuk menikmati nya? Mencetak rompak juga merupakan satu kesalahan, saya hanya mengenakan kos berpatutan kepada yang mampu sahaja kerana saya tidak berkemampuan untuk membantu dari segi kewangan dan tenaga....saya ingin memberi mereka sedikit sumber ilmu untuk mereka belajar. Terima kasih atas segala nasihat dan pendapat...
-Awe -
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wr.wb
1. Pada asalnya mengambil hak orang lain tanpa izin adalah salah. Pada masa yang sama, bila kita merujuk kepada satu Hadis yang bermaksud: "Hikmah atau ilmu itu barang hilang orang mukmin. Di mana saja dia berjumpa, maka dialah orang yang paling berhak mengambilnya."
2. Berhubung soalan yang ditanyakan, bagi saya boleh dilakukan dengan syarat ia dibuat bukan dengan niat untuk berniaga atau mengaut keuntungan dari hasil titik peluh orang lain, tetapi semata-mata untuk menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Tanamkan harapan di dalam hati, moga-moga penyebaran itu menjadi sebab Allah memberi hidayah kepada penulisnya. Allahu A'lam.
3. Perlu diingat, jawapan ini adalah khusus mengenai soalan yang ditanyakan sahaja.
Prof. Madya Maznah Daud
No comments:
Post a Comment