Saturday, August 21, 2004

Suami tidak boleh paksa guna harta isteri

Assalamualaikum Puan Prof,

Apakah hukumnya seorang suami yang menyuruh isterinya memberi pinjaman wang kepada sanak saudara si suami, sedangkan wanita itu agak keberatanuntuk memberi pinjaman itu. Wanita ini berkerja dan mempunyai pendapatan sendiri dan boleh dikatakandialah yang menyara keluarga kerana wang gaji suami adalah sangat kecil dan tidak mampu untuk menyara keluarga. Sebab kenapa wanita itu keberatan untuk memberi pinjam kepada sanak saudara suami bukanlah kerana dia kedekut, tapi melalui pengalaman yang lepas-lepas, wang yang dipinjam tidak pernahdipulangkan. Jadi, saya agak musykil, adakah seorang suami ituberhak menyuruh isterinya memberi wang pinjaman itu? Bagaimana jika isteri itu engkar? Terima kasih.

Jawapan:

Wa'alaikumus-salam wr.wb.

Menurut Islam, isteri atau wanita berhak memiliki harta yang diusahakannya sendiri sebagaimana lelaki berhak memiliki harta yang diusahakannya. Harta yang dimiliki oleh seseorang, hanya dia sahajalah yang berhak menentukan cara bagaimana dan ke arah mana untuk dibelanjakan selagi tidak melanggar batas-batas Syari'ah.

Jadi dalam hal ini suami tidak ada hak untuk memaksa isterinya mengeluarkan harta miliknya untuk tujuan apa sekalipun. Kepatuhan isteri kepada suami adalah wajib dalam perkara yang berkaitan dengan hak suami ke atasnya sahaja.

Prof. Maznah Daud

No comments: