Yth Prof Maznah,
Saya harap ustazah dapat meluangkan masa seketika utk membaca email ini. Saya seorang pelajar yang telah dpertanggungjawapkan utk membimbing para pelajar dalam mendalami Islam. Tetapi saya sendiri belum besedia utk melaksanakannya,sama ada dari segi rohani mahupun jasmani. Saya sendiri tidak mampu untuk menjadi model yg terbaik buat pelajar yg lain. Sebagai seorang pelajar di sebuah sekolah agama,yg agak elit,agak sukar bagi saya untuk membahas mas’alah agama. Oleh itu saya harap agar ustazah dapat memberi pandangan serta saya berharap saya dapat menghubungi ustazah selalu.Syukran
Jawapan:
Sebagai manusia memang tidak ada seorangpun yang sempurna kerana kesempurnaan itu adalah milik Allah semata-mata. Lantaran itu di dalam berdakwah atau menyeru kepada kebaikan tidak disyaratkan kita mengetahui segala-galanya. Bukankah Nabi s.a.w. telah berpesan maksudnya: "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat!".
Kekurangan yang ada pada diri kita hendaklah sentiasa diusahakan penambahannya dari semasa ke semasa. Allah sendiri mengajar kita supaya berdoa: "Katakanlah: "Ya Tuhanku! Tambahkanlah ilmu kepadaku."
Prof Maznah Daud
No comments:
Post a Comment