Assalamualaikum wr wb.
Saya mendapat e-mail tentang tajuk seperti diatas dari seorang teman. Merujuk artikel ustazah tersebut, saya ada pertanyaan tentang tempat solat hari raya oleh wanita. Ini kerana artikel tersebut seperti menggalakan wanita solat hari raya di Masjid. Menjadi kebiasaan ibu dan isteri saya untuk solat sunat hari raya dirumah. Saya sendiri menganjurkannya. Saya pernah terbaca beberapa kisah sahabat ketika zaman setelah kewafatan nabi yang tidak suka akan isteri mereka menunaikan solat (fardu) di masjid – bukan kerana menentang perintah Nabi tapi kerana suasana dah berubah. Begitu juga pernah saya terbaca satu pertanyaan kepada saidina Aisyah (ketika zaman selepas kewafatan nabi) mengenai solat wanita di Masjid . Saidina Siayah beritahu lebih kurang maksud … jika nabi ada ketika ini pasti dia juga akan melarang wanita ke Masjid untuk menunaikan solat …. Pendek kata dalam keadaan suasana perbuatan dosa menjadi kebiasaan, pergaulan antara bukan mahram terlalu bebas, melihat aurat, bentuk badan wanita menjadi hobi kebiasaan, saya sependapat dengan pendapat yang tidak menggalakkan wanita soalat di Masjid.
Saya bukan seorang alim tapi ini adalah dari kefahaman saya dari pembacaan, mendengar ceramah dan pertanyaan kepada yang alim. Harap ustazah dapat beri tunjuk ajar jika saya silap dan jika betul harap dapat perjelaskan kepada orang ramai agar tidak salah faham dan mengakibatkan kerosakkan pada amalan yang lain.
MD SAH HJ SALAM
Department of Comp. Graphics & Multimedia
Faculty of Comp. Science & Info. System
University Technology Malaysia
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wr.wb.
Saya ucapkan jutaan terima kasih di atas pandangan yang diberi. Semoga Allah s.w.t. membuka hati-hati kita untuk melihat dan menerima kebenaran, insya Allah.
Hadis-hadis mengenai wanita keluar untuk Solat hari raya:
Ummu 'Atiyyaah r.a. berkata: "Kami disuruh supaya membawa keluar gadis-gadis remaja dan wanita yang sedang haid pada dua hari raya supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan (doa) orang-orang Islam. Wanita yang sedang haid hendaklah mengasingkan diri dari tempat solat". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dari Hafsah binti Sirin, seorang perempuan bertanya Nabi s.a.w.: "Adakah tidak mengapa jika ada di kalangan kami (kaum wanita) yang tidak memiliki jilbab, dia tidak keluar untuk menunaikan solat 'eid?" Baginda bersabda: "Hendaklah sahabatnya memakaikannya jilbab yang dia (sahabat itu) miliki". Apabila saya bertemu dengan Ummu 'Atiyyah, saya bertanya kepadanya: "Adakah puan pernah mendengar sendiri daripada Rasulullah?" Beliau menjawab: "Sungguh saya pernah mendengar baginda bersabda: "Hendaklah gadis remaja dan wanita yang sedang haid keluar. Saksikan kebaikan dan doa orang-orang yang beriman. Wanita yang haid hendaklah berada jauh dari tempat solat".Riwayat Muslim di dalam 'Sahih'nya, begitu juga Bukhari dengan lafaz yang hampir sama, Abu Daud dan lain-lain
Hadis di atas amat jelas maksudnya. Imam Muhammad bin Ismail al-Kahlani, as-Son'ani (1182H) menaqalkan berdasarkan Hadis di atas ada ulama' yang berpendapat wajib membawa wanita keluar. Antara yang berpendapat demikian ialah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Ali. Jumhur ulama' berpendapat sunat dan sebilangan kecil berpendapat suruhan ini telah dimansukh.
Adapun kata-kata Sayyidatuna 'Aisyah, Imam al-Kahlani berkata: ia tidak menunjukkan haram keluar kerana tidak ada larangan dari Rasulullah s.a.w. bahkan baginda menyuruh keluar. Maka tidak ada hak bagi kita menegah apa yang disuruh oleh baginda.(Kitab Subulus-Salam, Beirut 1971, hal.65-66.
Dari segi yang lain, kalau kita teliti kata-kata 'Aisyah, kita dapati itu adalah pandangan peribadinya. Ia tidak boleh menjadi dalil hukum. Sebagai seorang manusia memang Rasulullah s.a.w. tidak mengetahui apa yang akan berlaku, tetapi suruhan itu merupakan satu syari'at yang diterima dari Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui. Jika Allah tidak menghendaki wanita keluar, tentu Allah telah perintahkan supaya Rasul-Nya melarang, bukan menyuruh.
Untuk mengelak fitnah, baginda telah memberi garis panduan, iaitu keluar dengan menutup aurat, tidak memakai wangian, dan pakaian glamour (libasus-syuhrah) dan tidak bercampur gaul dengan lelaki dari segi tempat duduk.(Al-Mufassol fi Ahkamil-Mar'ati wa Baitl-Muslim, Abdul Karim Zaidan, Beirut 1997, hal.315.
Allahu A'lam.

Prof Madya Maznah Daud
No comments:
Post a Comment