Sunday, November 14, 2004

Pendarahan selepas bersama suami.

Saya ingin mengutarakan satu soalan dan berharap prof. dapat membantu.
Saya mengalami post-coital bleed yang pada mulanya saya sangka menstrual period. Saya tahu ianya bukan period bleed sebab ianya saya alami beberapa jam sahaja selepas melakukan perhubungan(?mungkin ada immediate bleed tetapi saya tidak perasan) dan lagi pada masa tu bukannya waktu untuk saya alami mense.

Ianya saya dapati semasa buang air kecil sebelum mengambil wudhu’ untuk solat subuh. Masa tu saya berpuasa.

Jadi kemusyikilan saya ialah perlukah saya mandi hadas besar sekali lagi? Bagaimana dengan ibadah puasa saya, tidakkah ianya terjejas?

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kerana memperuntukkan masa untuk membaca e-mail saya ini, dan selamat melakukan ibadah puasa.Wassalam,
Hayati
Brunei
Jawapan;
Tidak perlu mandi hadas sekali lagi kerana tidak berlaku sebab-sebab yang mewajibkan mandi dan puasa adalah sah insya Allah. Allahu A'lam.

No comments: