Merujuk kepada tulisan Prof di Wadah Wanita Islam Berita harian bertajuk Empat persediaan sambut Ramadhan .
Daripada Wathilah bin al-Asqa', sesungguhnyaRasulullah bersabda maksudnya: "Telah diturunkan Suhuf Ibrahim pada malam pertama Ramadan, diturunkanTaurat selepas berlalu enam hari Ramadan, diturunkanInjil selepas hari ke-13 Ramadan, dan diturunkan al-Quran selepas 24 hari Ramadan." (Hadis riwayat Ahmad)Soalan:Kenapa Nuzul Quran disambut pada 17 Ramadhan?Wassalam.
ShafieKamaruddin
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wr.wb.
Terima kasih di atas kesudian anda menghubungi pihak kami. Diharap kita dapat berbincang dengan baik, demi mencari keridhaan-Nya Yang Esa.Sebenarnya ahli sejarah memang tidak sependapat dalam menentukan tarikh sebenar permulaan turun wahyu kepada Nabi s.a.w. Ada pendapat mengatakan Baginda mula menerima wahyu pada bulan Rabi' al-Awwal, ada yang mengatakan pada bulan Rejab dan ada yang mengatakan pada bulan Ramadhan.
Puak yang mengatakan permulaan turun wahyu pada bulan Ramadhan pula berselisih pendapat dari segi tarikhnya; 7, 17, dan 18. Penulis kitab Ar-Rahiq al-Makhtum pula memilih tarikh 21. Jadi sambutan 17 haribulan adalah mengikut setengah pendapat, antaranya Syaikh al-Hudhari di dalam Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyyah.

No comments:
Post a Comment