Sunday, November 14, 2004

Suamikah yang ego atau isteri tidak memahami?

Soalan,

Saya ada kemusykilan bagaimana berkomunikasi dgn suami yg cukup 'ego' memandangkan dia seorang yg dihormati di tempat kerjanya...?. Dia sentiasa merasa kan dirinya sentiasa betul dan jarang mendengar pandangan saya isterinya Kadangkala saya merasa kan di pandang rendah olehnya...biar saya memberi scenario...
1) suami selalu suka menonton TV dari awal balik kerja sehingga sampai tertidur depan TV tanpa membersihkan diri atau menukar pakaian..tidur dgn baju kerja...tiap malam saya harus kejutkan dia (dlm pukul 2 pagi onwards..kalau saya terjaga) utk masuk tidur dlm bilik..saya dah banyak kali memberitahu padanya..tapi masih tiada perubahan...
2) Setiap pagi, suami selalu suruh saya mandi dulu & sembahyang..baru kejutkan dia..kalau saya letih sikit..saya suruh dia mandi dulu..dia naik angin...saya kata apa salahnya dia pegi dulu..terus dia kata..cuba lah redha dgn apa yg dia suruh...(seperti ketam menyuruh anaknya berjln)..tetapi dia tidak menunjuk kan contoh yg baik pada isteri..terus mengatakan saya degil tak dgr cakap dia & selagi tidakmelanggar syarak kena ikut cakap dia walaupun dia tak sembahyang lagi...saya rasa tak puas hati dhn tindakan dia...tidak mesyuarah dlm mebuatkeputusan..bagi dia..ketua keluarga kena dgr cakap dia saja tanpa byksoal....saya dpt menurut perintah nya..sekiranya dia dapat memberi contohyg baik pada saya & memimpin keluarga dgn sebetulnya...tapi kekadang..cakaptak serupa bikin....adakah bermaksud saya 'ingkar'...harus mentaati apa saja asalkan bagi diamengikut kehendaknya berlandas kan agama.utk pengetahuan puan...ibu bapa saya bercerai semasa form 2 and adalahsukar saya mendgr kata seorang 'lelaki'...kiranya dia 'berkasar' menyuruhmendgr kata2 nya...saya boleh dgr katanya sekiranya dia dia memberi contohyg baik pada saya..saya harap puan dpt memberi penjelasan & cara2 bagaimana saya mengatasimasalah ini....buat pengetahuan puan...saya baru berkahwin 1 1/2 bulan..
Jawapan,
Wa'alaikumus-salam wr.wb.
Agak terperanjat apabila saya membaca email puan. Baru sebulan setengah usia perkahwinan telah menghadapi masalah yang barat. Masa yang sepatutnya digunakan untuk saling mengenali dan memahami hati budi masing-masing.

Timbul persolan di hati saya; siapa yang memilih pasangan untuk puan? Atau kalau puan yang pilih sendiri. atas dasar apa pilihan itu dibuat?
Pada pandangan saya, masalah timbul berpunca dari kurang mengenali dan memahami kedua-dua pihak.

Cubalah gunakan cuti hari raya ini untuk pergi berbulan madu. Kenali dan fahami dia dengan sedalam-dalamnya, kasihi dan hormati dia sebagai seorang suami. Kata orang pijak pandai: jika kita ingin dihormati kita mesti belajar menghormati.
Sekiranya perkahwinan puan diatur oleh pihak ketiga, cubalah berbincang dengan mereka sebelum masalah menjadi bertambah parah.

1 comment:

seri dewi said...

Salam buat puan ... tahniah kerana telah menunaikan tanggungjawab sebagai umat Muhammad iaitu berkahwin ... sebagai seorang perempuan ... saya juga pernah mengalami hal yg sama di awal perkahwinan. dan saya kira perkara itu biasa kerana kawan2 yg lain juga bercerita hal yg sama. TApi Alhamdulillah ... kami bertahan. Kunci ketenangan dalam hidup ini pada saya adalah KESABARAN. apa juga situasi yg dihadapi ... SABAR adalah ubat yg paling mujarab. memang benar kata orang ... berkata2 itu jauh lebih mudah dari melakukan .. tapi percayalah .. Allah bersama2 orang yg sabar .. memangnya awal perkahwinan banyak menuntut kesabaran . masa bercinta semuanya indah .. kerana segalanya dalam kawalan. apabila dah berumahtangga... tidur sebantal.. makan sepinggan.. segala2 akan terbongkar .. makin kita kenal seseorang itu makin banyak keburukannya akan kita ketahui. terpulang pada kita utk menerima atau menolak. dalam hal ini beliau sudahpun menjadi suami puan. ketaatan itu adalah tanggungjawab utama. namun begitu, kita digalakkan bermesyuarah . berbincang ... mungkin ada satu masa yg sesuai ... ketika tengah bermanja-manjaan .. puan buleh cuba utarakan perkara ini ... cakap baik2.. lemah lembut.. manja2 .. insya Allah.. kalau kita pernah buat hatinya cair satu ketika dulu.. pernah buat dia tak tentu arah satu masa dulu .. kita mampu buatnya sekali lagi.. itula kuasa wanita ...

saya harap ini dapat membantu ... insya Allah ...