Assalamualaikum,
Ustazah Prof,
Di sini saya ingin bertanya beberapa soalan kemusykilan?
1. Bagaimana cara terbaik untuk mengelak dari mengumpat dan mendengar orang mengumpat? Saya telah cuba sedaya upaya. Apabila rakan sekerja saya mahu mengumpat terus saya menukar topik lain maksudnya untuk mengelak dari mengumpat. Saya tak terdaya untuk menasihati rakan sekerja saya itu mungkin di sebabkan faktor umur, dia berumur dekat 40 tahun manakala saya baru 25 tahun. Saya cuba tapi tak boleh...jadi jalan terakhirnya saya ubah topik cerita. Paling terbaru saya mendengar 'walkman' iaitu kaset atau cd orang berzikir atau membaca al-quran. Niat untuk mencari keredhaan allah..boleh kah ustazah? dan sekiranya kita bertaubat dari mengumpat macam mana kita mahu memohon maaf pada orang yang kita umpat tetapi tidak jumpa..?
2. Bagaimana untuk kita membayar hutang sedangkan puas mencari orang tersebut untuk membayar hutang tersebut tetapi tidak berjaya...saya terlalu bimbang...
3. Bolehkah saya makan pil perancang kerana mahu menjarakkan kehamilan selama 2 tahun kerana anak saya masih menyusu badan? buat masa ini saya belum lagi makan pil perancang, jadi saya mahu kepastian dari ustazah....
Saya harap ustazah dapat membantu saya...semoga ustazah dilimpahkah rahmat dari Allah S.W.T..... Sekian....
yang ingin tahu...
Khairulbariah Abd. Kadir
Khairulbariah Abd. Kadir
-Petaling Jaya-
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wr.wb.Jawapan:
1. Usaha mengelakkan diri dari mengumpat amat bagus dan perlu diteruskan. Diharap usaha yang dilakukan itu diberkati dan diganjari Allah dengan sebaik-baiknya.
2. Sekiranya tidak berjumpa dengan orang yang pernah kita umpat untuk meminta maaf, cubalah tampungi dosa mengumpat itu dengan kebaikan, iaitu dengan cara memohon ampun untuknya, berdoa supaya Allah melimpahi rahmat ke atasnya dan sebutkan kebaikan-kebaikannya.
3. Kalau sudah habis ikhtiar mencari tuan hutang, bayarlah hutang itu kepada warisnya. Kalau tak jumpa juga sedekahkan hutang itu kepada orang miskin, masjid, badan dakwah atau seumpamanya atas namanya. Dengan cara itu, insya Allah dia akan mendapat pahala sedekah dan kita terlepas dari bebanan hutang.
4. Pada dasarnya Islam tidak melarang kita merancang untuk menjarakkan kelahiran anak. Walau bagaimanapun sebelum memilih kaedah yang hendak digunakan (memakan pil atau dengan cara lain), mintalah nasihat doktor yang pakar dan berpengalaman supaya tidak menimbulkan kesan yang tidak baik di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment