Wednesday, November 03, 2004

Berpada memillih kawan

Assalamu'alaikum wr.wb.

Saya pernah membaca artikel puan berkenaan sahabat. Sudah lama nak hantar email tapi tak berkesempatan. Saya seorang student UITM, kita semua maklum kehidupan seorang student. Banyak bercampur, luas pergaulan dan ramai kawan.

Saya seorang yg periang, happy go lucky. Saya anak sulong dari 4 org adik beradik.Saya dikira seorang baik, takut nak buat jahat Kalau terlajak sedikit emak bapak tergur memperbaikinya. Emak bapak saya tak ajar saya keluar berpoya dengan kawan-kawan. Kehidupan saya hanyalh rumah dan sekolah.

Apabila saya masuk ke UITM banyak yang berubah. Semasa di umah ada emak bapak, jika ada problem boleh sembang dan bincang dengan emak bapak.Di IPTA ini kawan kawan lah tempat mencurah isi hati.

Mula-mula kawan baik saya bernama Ana, ambil kursus 'Accounting and Business'. Berkenalan semasa minggu orientasi.Ana seorang kaki bising, suka menjerit tapi ia comel mcm Pooh..dia pun mmg mula mcm pooh.. Persahabatan kami menjadi rapat sehingga ada orang mengatakan kami lesbian. Saya jadi takut dan tidak tahu bagaimana nak cari kawan lain


Siti Sara

Jawapan:


Umumnya manusia tidak boleh hidup tanpa teman atau kawan. Dalam hal ini, Islam menyuruh kita agar berhati-hati di dalam memilih teman. Salah pilih, bukan saja mendatangkan kesusahan di dunia tetapi membawa penyesalan yang tidak berkesudahan di akhirat nanti. Firman Allah Ta'ala bermaksud: "Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan diri sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si fulan itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari jalan peringatan (al-Quran) setelah dia datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)." Surah al-Furqan:27-29
Dan untuk mengukuhkan tali persahabatan, Islam menyuruh setiap orang menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap satu salam lain. Rasul s.a.w. bersabda maksudnya: "Hak seseorang muslim ke atas muslim yang lain lima perkara: menjawab salam, menziarahinya ketika sakit, mengiringi jenazahnya, memenuhi jemputannya dan memohon rahmat untuknya ketika dia bersin" Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Oleh itu nilailah persahabatan anda berpandukan ajaran Islam agar selamat di dunia dan akhirat.


No comments: