Thursday, November 25, 2004

Nikah Mutaah Haram

Puan,
Benarkah nikah mutaah ini dibolehkan? Pengalaman rakan saya yang telah melaluinya membuat saya bertanya kerana seolah-olah ada hikmah disebaliknya.Nikah mut'ah bermaksud nikah sementara atau nikah yang ditentukan tempohnya samada lama atau sekejap seperti setahun, sebulan, sehari atau kurang daripda itu.
Adil BTR
Jawapan:

Nikah mut'ah adalah harus di sisi Mazhab Ja'fariyyah (Syi'ah). Manakala fuqaha' ahli sunnah sepakat mengatakan nikah mut'ah adalah haram dan batil.

Terdapat beberapa Hadis berkaitan dengannya yang sebahagian menunjukkan halal dan sebahagian menunjukkan haram. Imam an-Nawawi di dalam kita "Sahih Muslim bi Syarhi an-Nawawi" merumuskan: Pendapat yang betul dan menjadi pilihan ialah pengharaman dan keharusan nikah mut'ah telah berlaku sebanyak dua kali. Nikah mut'ah adalah halal sebelum Ghazwah Khaibar, kemudian diharamkan ketika Ghazwah Khaibar. Kemudian diharuskan pada hari Fathu Makkah, dan diharamkan selepas tiga hari. Pengharaman ini merupakan pengharaman buat selama-lamanya sehingga hari kiamat.
Adapun riwayat yang mengatakan terdapat sesetengah pihak yang melakukan nikah mut'ah zaman Nabi, Abu Bakar dan seketika dalam zaman pemerintahan 'Umar, boleh diandaikan perbuatan itu kerana mereka tidak mengetahui bahawa nikah mut'ah telah dimansukhkan. (jilid 9, hal.181)

7 comments:

Anonymous said...

Jika benar nikah mut'ah pernah dibolehkan kemudian dilarang kemudian dibolehkan kemudian dilarang... "Apakah Anda hendak menyatakan: (1) Allah dan Rasul-Nya plinplan dalam menetapkan hukum, (2) Allah dan Rasul-Nya pernah menghalalkan yang haram untuk sementara waktu.

Na'udzubillah.... Bertaubatlah dari mempersendakan agama.

Anonymous said...

Salam....
Saya juga melihat ada hikmah di sebalik 'kaedah muta'ah' ini. Cthnya, bagaimana para muda-mudi Muslim menghadapi 'fitnah' yg semakin kuat dan berleluasa zaman skrg. Apalagi yg berada di luar negara dan sama sekali jauh dari kuasa pemantauan org tua. Yg jelasnya, ini bukan percanggahan AKIDAH sebap ianya tidak pernah disentuh secara khusus dlm Quran.Ini cuma ijtihad para ulama (yg jadi masalahnya, kaedah ini seolah-olah menjadi identiti perbezaan umum SYIAH - SUNNAH). Sekian...Yg baik itu dari Allah, dan sebarang kesilapan pastinya dari kelemahan ilmu diri yg kurang mantap.

Anonymous said...

aku pun pelik...mengapa soal mutaah ni sentiasa dijadikan bahan dan alasan besar utk menyesatkan golongan syiah.

tapi dia orang tak kaji menyeluruh tentang mutaah...kalau macam zina tak kan ia pernah disyariatkan?

lepas tu kejab halal kejab haram....

kalau nak mansukh tak kan boleh halal lepas tu haram balik

carilah dalil yang munasabah.

tapi setakat aku belajar ialah al hadis tidak boleh boleh mansukh kan al-quran.
mutaah ada dalilnya dalam quran, hanya ayat al-quran saja boleh mansukh kan quran

satu lagi yang aku nak tanya apa beza antara mutaah dengan soal talaks
kalau mutaah tetapkan masa... mereka yang kahwin juga bila bila masa boleh talakkan isteri...hatta selepas seminit dia dinikah kan pun boleh ditalakkan...ia halal cuma dibenci.

mungkin begitu juga mutaah ia halal sampai bila bila...itu hukumnya tapi dari sudut amalannya mungkin kita tidak perlu pertahankan atau kita wajib amalkan nya

pertahankan hukum tak bermaksud kita mahu mengamalkannya.

jangan lah nanti jadi sister in islam yang suruh haramkan poligami dan anak yang lahir dari poligami dikatakan anak syubhah....

Anonymous said...

setau saya ni imam jaafar ni adalah imam jaafar al-sadiq...cicit kepada rasulullah S.A.W dan seorang imam besar samada dr pandangan kedua2 mazhab samada sunni ataupun shiah.

dan benar kata saudara kita...dalil quran tidak dapat di mansuhkan oleh hadith.

ada juga hadith sahih Muslim seperti berikut:

Book 008, Number 3248:
Ibn Uraij reported: 'Ati' reported that jibir b. Abdullah came to perform 'Umra, and we came to his abode, and the people asked him about different things, and then they made a mention of temporary marriage, whereupon he said: Yes, we had been benefiting ourselves by this temporary marriage during the lifetime of theHoly Prophet (may peace be upon him) and during the tinie of Abi! Bakr and 'Umar.


--------------------------------------------------------------------------------
Book 008, Number 3249:
Jabir b. 'Abdullah reported: We contracted temporary marriage giving a handful of (tales or flour as a dower during the lifetime of Allah's Messenger (may peace be upon him) and durnig the time of Abu Bakr until 'Umar forbade it in the case of 'Amr b. Huraith.


--------------------------------------------------------------------------------
Book 008, Number 3250:
Abu Nadra reported: While I was in the company of Jabir b. Abdullah, a person came to him and said that Ibn 'Abbas and Ibn Zubair differed on the two types of Mut'as (Tamattu' of Hajj 1846 and Tamattu' with women), whereupon Jabir said: We used to do these two during the lifetime of Allah's Messenger (may peace be upon him). Umar then forbade us to do them, and so we did not revert to them.


macam mana nih? boleh ke tak mutaah?

lagi satu jgn kita sesatkan org semata2 kita beranggapan dia shiah atau apa2 sahaja mazhab lain.

Wallahualam

Anonymous said...

http://www.answering-ansar.org/answers/mutah/mutah.pdf

Anonymous said...

Please refer to this video... Syiah bukan mazhab tetapi agama baru! http://aburedza.wordpress.com/2009/11/21/ugama-syiah/

Anonymous said...

MAAF.KEPALA HOTAK ANDA AGAMA BARU, SILA MENDALAMI KAJIAN ANDA.. TERIMA KASIH