Thursday, December 02, 2004

Faraid KWSP dan SOCSO Almarhumah

Assalammualaikum,
Prof.,
Terlebih dahulu saya ucapkan syabas atas artikel bertajuk `Enam ciri menjamin kejayaan muslim di dunia dan akhirat' yang begitu baik kupasannya berdasarkan Ayat Quran Surah al-Mukminun yang disiarkan dalam BH pada hari ini (24.11.04).Apa yang saya fahami apabila seseorang itu meninggal dunia maka terdapat beberapa hak yang perlu dilakukan atas harta pusaka yang ditinggalkanya.
Pertamanya adalah hak ke atas Allah yang meliputi zakat, haji dan segala hutang puasa (kifarat) , kemudian hak orang lain seperti hutang yang belum dilangsaikan. Seperti yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Malaysia wang KWSP, PERKESO dan Insuran telah dikategorikan juga dalam istilah harta pusaka dan perlu diagihkan mengikut hukum faraid.
Maka dikesempatan ini saya ingin mendapatkan nasihat Prof. berhubung pembahagian harta pusaka menurut hukum faraid. Ibu saya telah meninggal dunia pada 10 Oktober lalu, dan mempunyai simpanan KWSP yang masih belum dikeluarkan. Apa yang perlu kami lakukan terhadap wang simpanannya? Adakah bapa ibu saya yang masih hidup atau lain-lain beradiknya layak menerima sebahaian wang simpanan tersebut?Nasihat Prof. amatlah saya hargai.
Terima kasih.
Saya yang benar,
Mohamed Yusof Bin IshakTeluk Intan, Perak
----------------------------
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wr.wb.
Terima kasih di atas kesudian saudara meluangkan masa membaca artikel tersebut.
Saya ingin membuat sedikit pembetulan atas panggilan orang yang telah meninggal dunia, selalu disebut arwah.
Panggilan yang sepatutnya ialah almarhum atau almarhumah bagi perempuan yang bermaksud yang dirahmati.
Perkataan arwah adalah kata jamak (plural) bagi perkataan roh. Tentu tidak kena kalau yang meninggal itu seorang saja. Tambahan pula setiap orang daripada kita memang mempunyai roh sama ada masih hidup atau sudah mati. Yang bezanya ialah roh itu berpisah sementara dari jasad ketika mati.
Mengenai harta pusaka, orang yang berhak menerima ialah suami/isteri, anak-anak, ibu dan bapa. Adik beradik hanya berhak jika si mati tidak mempunyai anak lelaki. Ibu bapa masing-masing mendapat 1/6 drpd harta yang ditinggalkan jika si mati mempunyai anak.
Saudara boleh baca secara terperinci mengenai pembahagian pusaka ini di dalam surah an-Nisaa' : 7-12 dan boleh rujuk pihak berwajib di Majlis Agama Islam Negeri.

No comments: