Thursday, December 02, 2004

Merancang keluarga dibolehkan

Assaamualaikum prof!
Saya seorang suami telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan Alhamdulillah kini dikurniakan dengan 6 orang cahaya mata, sulung berumur 9 thn dan yang bongsu berumur 3 bulan. saya tidak bercadang untuk menimang cahaya mata lagi kalau boleh untuk tempoh 5 tahun akan datang memandangkan faktor kewangan dan beberapa faktor lain. Untuk itu saya amat mengharap nasihat prof tentang kaedah merancang yang dibenarkan oleh syarak.
Untuk makluman prof, saya dan isteri tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan setakat ini. Nasihat prof amat saya harapkan.

Jawapan:

Wa'alaikumus-salam wr.wb.
Merancang keluarga dengan maksud melakukan sesuatu untuk mengelak kehamilan adalah diharuskan kerana sesuatu sebab tertentu seperti sakit, ekonomi yang sempit dan sebagainya dengan syarat:
1. Dipersetujui oleh kedua pihak (suami dan isteri)
2. Kaedah yang digunakan tidak mendatangkan mudarat pada jasmani dan rohani, sama ada dalam jangka masa yang singkat atau lambat.
3. Yakin bahawa apa yang Allah takdirkan pasti terjadi. Jika telah berusaha, tetapi ditakdirkan mengandung, wajib menerimanya dengan redha dan yakin bahawa itulah yang terbaik untuk kita.
Untuk mendapat nasihat mengenai kaedah merancang, sila berjumpa doktor muslim yang amanah dan boleh dipercayai.

No comments: