Tuesday, December 14, 2004

Memuaskan nafsu suami yang tidak wajib mandi

Assalamualaikum..

Saya mohon jasa baik Prof untuk menjawab kemusykilan saya mengenai perkara berikut :

Saya telah memenuhi kehendak suami untuk memuaskan nafsu batinnya hingga dia sampai ke kemuncaknya, walau bagaimanapun, saya hanya menggunakan alternatif lain tanpa 'bersama' dengan suami.
Persoalan saya, perlukah saya mandi hadas juga walaupunpun saya tidak mempunyai 'apa-apa' rasa semasa memenuhi kehendak suami saya.

Harap Prof dapat membantu,

terima kasih.
Akmar AK

Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wr.wb.

Antara sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi kerana berjunub.
Berjunub belaku dengan satu daripada dua sebab:
1. Keluar mani samada ketika tidur (bermimpi) atau ketika jaga (keluar dengan sebab melakukan jimak atau melihat dengan syahwat atau sebagainya). Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Air itu daripada air". Maksud baginda ialah wajib mandi dengan sebab keluar air mani.
2. Jimak, samada keluar mani atau tidak. Sabda baginda s.a.w. bermaksud: "Apabila bersentuh dua alat kelamin, wajiblah mandi".

Dalam kes puan ini, saya kurang pasti apakah maksud 'alternatif lain' itu? Jika 'alternatif lain' itu bermaksud jimak tidak berlaku, Puan tidak perlu mandi wajib tetapi suami puan wajib mandi junub, kerana beliau telah mencapai kemuncak sehingga keluar mani, jika tidak keluarg mani tidak wajib mandi junub. Wallahu A'lam.

1 comment:

Anonymous said...

saya keliru antara mazi dan mani..yang manakah yang boleh menghasilkan benih atau kepada kehamilan?