Assalamualaikum.
Harap puan dpt menjelaskan dgn terperinci.
1)Apakah perbezaan antara air mani,wadi dan mazi?Adakah golongan wanita juga mempunyai mani?kerana ianya biasa dikaitkan dgn golongan lelaki sahaja.Terima kasih atas penjelasan puan.
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wr.wb.
1. Mazi ialah cecair jernih bergetah yang keluar sewaktu mengingat senggama atau sedang berasmara atau mellihat sesuatu yang membangkitkan syahwah.
2. Wadi selalunya keluar selepas buang air kecil atau ketika penat bekerja dan seumpamnya. Ia pakat dan berwarna puteh dan kadang-kadang agak kekuningan.
Mazi dan Wadi adalah najis, wajib dibasuh. Batal wuduk dengan keluar salah satu daripadanya.
3. Wanita juga keluar mani sebagaigama dinyatakan oleh Nabi s.a.w. ketika ditanya oleh Ummu Sulaim r.a. "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu dari menyebut perkara yang benar. Adakah perempuan juga wajib mandi bila dia bermimpi?" Baginda menjawab: "Ya, jika dia melihat air". Maksudnya bila dia mendapati keluarnya mani selepas dia terjaga. (Hadis riwayat al-Bukhari).

4 comments:
Setelah meneliti jawapan doktor, saya masih kurang past apakah bezanya mazi dan mani, sedangkan kedua-duanya adalah air yang keluar? Adakah seorang wanita yang keluar air kerana melakukan aktiviti seks yang tidak melibatkan persetubuhan dan tidak pula sampai kemuncak itu dikira keluar mani dan wajib mandi? Adakah mani merupakan air yang hanya keluar selepas mencapai kemuncak atau bagaimana?
Assalamu`alaikum Dr,
Saya sebenarnya mencari isu berkenaan topic lain melalui google dan sampai ke website ini. Bagus sekali, Syabas saya ucapkan. Bila membaca tentang mazi wadi dan mani ini, saya juga keliru.
Soalan saya, apabila seseorang perempuan menonton adengan2 sensual di TV (yg sememangnya byk skrg ini), dan dia berasa teruja lantas keluar cecair, adakah perlu mandi wajib? (tidak pasti mazi atau mani)
Kalau berlaku di bulan puasa, adakah batal puasanya dah kene denda sebagaimana bersetubuh kah?
Terima kasih.
batal puasa dan kne denda sbagaimana berstubuh hanya kpd yg benar2 melakukan persetubuhan..
untuk pengetahuan yg lebih lanjut..
kunjugilah..
www.zaharuddin.net
Saya ingin bertanya adakah wadi itu ialah keputihan?
Post a Comment