Soalan
Assalamu'alaikum wr.wb.
Maafkan saya kiranya saya mengganggu. Saya terjumpa halaman web ini dan tergerak hati saya untuk menulis bagi meringankan kekusutan yang ada difikiran saya.
Saya benar2 perlukan nasihat tentang hasrat yang ingin saya lakukan ini. Berusia 30 thn dan berkahwin sejak 3 thn yang lalu. Berkahwin dgn seorg lelaki yg telah tinggal bersama keluarga saya sejak usia saya 12 thn. Dia tiada kaitan kekeluargaan dengan saya mahupun kedua ibu bapa saya. Jgn tanya kenapa dia tinggal bersama kami kerana saya sendiri tidak tahu.
Saya bukan seorg yg baik dan telah terlanjur. Malangnya lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab gagal melakukkannya. Akhirnya lelaki yg saya panggil pakcik telah menawarkan dirinya utk tidak menyusahkan keadaan. Memang saya hargai tindakannya, malangnya saya tidak dpt menerima dirinya krn pd saya dia bknlah seorg lelaki yg baik. Anggapan itu muncul kerana dia tidak pernah menghormati saya, sering mengambil peluang, menyentuh saya ditempat yg tidak sepatutnya dll sepanjang dia tinggal dgn kami. Saya tidak pernah beritahu sesiapa kerana saya tahu tidak ada siapa yg akan percaya cakap saya kerana pd mereka, pakcik ini seorg lelaki yg warak dan baik.
Akhirnya saya terpaksa berkahwin dgn dia krn semua org mengatakan tiada jalan lain lagi. Tetapi sepanjang 3 thn perkahwinan ini, saya tidak pernah sekali pun tidur dgnnya. Saya tak mampu berbuat begitu, aya bencikan dia. Saya ingin memohon perceraian krn tdk dpt lagi bertahan dan berpura2 dgn semua ini. Sepanjang perkahwinan, dia tdk pernah memberi nafkah. saya menanggung sendiri nafkah saya dan anak saya itu. saya bertanggungjwb sepenuhnya keatas anak dan diri sendiri dgn bantuan keluarga. kami tinggal di rumah mak krn dia tak mahu berpundah keluar. saya cuba menerima dia tetapi terlalu byk sikap dia yg tdk dpt saya terima. dia tk pernah berbincang apa2 pun dgn saya, semuanya merujuk kpd ibu saya krn dia tau saya takkan sampai hati menolak apa jua permintaan ibu saya. saya rasa di pergunakan dan tdk dihormati. pd semua org saya yg silap dan sepatutnya beralah saja. tp perasaan benci pd dia bkn hanya sekarang tp sdh lama dr saya sekolah lg.
Saya benar ingin tahu apa jalan yg terbaik utk memohon perceraian, adakah perceraian ini akan mengugat kedudukan anak saya? apakah masalah yang mungkin saya hadapi? adakah saya boleh memohon perceraian ini?
Tolonglah saya benar2 buntu fikiran. saya hampir bunuh diri dulu kerana tak dapat lagi menghadapi semua ini. semakin hari semakin saya tertekan. cukuplah selama 3 thn saya berpura2. saya tk sanggup lg kerana saya benar2 ingin merasa bahagia seperti org lain. tolonglah saya selesaikan masalah ini. Terima kasih
Azlin( lien )
Jawapan
Walaikumussalam.
Adik Azlin
Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang dibina atas dasar taqwa. Matlamat perkahwinan ialah melaksanakan satu tuntutan Allah dan Rasul, beribadah kepadaNya serta melahirkan zuriat yang solih bagi menjamin kesinambungan tugas sebagai khalifah di bumi.
Kedua belah pihak mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu sebagaimana telah ditetapkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Lantaran itu, menurut hukum perkahwinan dalam Islam jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan pasangannya disebabkan pasangannya tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya maka dia berhak atau harus baginya membuat permohonan kepada pihak yang berwajib untuk membatalkan perkahwinan tersebut melalui tuntutan fasakh.
Allahu A'lam.
Prof Madya Maznah Daud
No comments:
Post a Comment