Friday, March 11, 2005

Koleksi Lagu kanak-kanak klasik boleh didapati dari Dewan Bahasa Pustaka

Assalamualaikum wrt

Saya tertarik dengan artikel Puan Rosnah dalam berita harian tentang lagu kanak-kanak dalam kolumn Wadah Wanita Islam, bertajuk Lagu kanak-kanak klasik asas pembentukan sahsiah tentang budaya dodoi. Budaya ini akan pupus jika tidak dihidupkan dan dipromosi secara meluas. Saya ingin menawarkan pengumpulan lagu kanak-kanak lama kepada Puan. Jika Puan berminat sila hubungi saya. Untuk makluman, saya adalah Ketua Unit Multimedia Dewan Bahasa dan Pustaka. Fungsi utama unit ini ialah dalam penerbitan elektronik melalui media CD-ROM dan juga web (portal KaryaNet). Saya fikir jika dapat kita terbitkan lagu kanak-kanak lama untuk tatapan generasi kini dan akan datang. Dalam portal KaryaNet (www.karyanet.com ), terdapat pelbagai bahan rujukan berbahasa Melayu. Satu daripadanya khusus untuk kanak-kanak yang dinamai "Laman Kanak-Kanak". Jika berkesempatan silalah layari laman tersebut dan beri ulasan. Wassalam.
Jamaluddin Mohd Sulong
Ketua Unit Multimedia
Dewan Bahasa dan Pustaka.
03-21481423

No comments: