Assalamualaikum, Sis Nazilah.
Nama saya Sharena Abdullah, berminat dengan artikel yang telah ditulis oleh Sis Nazilah Mohamad bertajuk
' Kemahiran keibubapaan panduan didik cahaya mata'. Saya ingin berkongsi pengetahuan serta pengalaman mengenai kemahiran keibubapaan yang saya gunakan dalam membentuk keperibadian cemerlang anak-anak saya.
Kaedah ini dikenali sebagai 'Khalifah Method', saya gunakan sejak 8 bulan lalu dan telah berlaku perubahan progresif dalam anak-anak saya, yang berumur 4 dan 5 1/2 tahun. Mereka sedar dan faham bahawa Allah adalah Pencipta segala-galanya dan juga rela,tanpa dipaksa, mengikuti saya dalam solat.
Khalifah Method berkesan kerana ia meningatkan serta memberi semangat kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah; iaitu 1)menjadikan diri sendiri baik; 2)membantu orang lain menjadi baik 3)menjadikan dunia fizikal cantik dan bersih. Saya, sebagai ibu, tidak lagi menggunakan kekerasan melampaui batas sebaliknya menggunakan disiplin secara tegas dan berhikmah dan meletakkan peraturan yang tetap dan melaksanakan secara konsisten. Secara tidak langsung, saya menjadi lebih sabar dan tidak mudah melepaskan geram pada anak-anak.
Saya ingin berkongsi kerana merasakan bahawa ibubapa masakini perlu mendapatkan kemahiran keibubapaan yang berasaskan Sunah Nabi Muhammad saw yang tidak pernah melakukan kekerasan terhadap anak-anak serta membantu meningkatkan motivasi dalam anak-anak untuk mencintai Allah dan Rasul saw dan menjalani kehidupan sebagai seorang Islam yang soleh.
Terima kasih dan saya berharap boleh mendapatkan balasan email daripada Sis Nazilah.
No comments:
Post a Comment