Wednesday, March 30, 2005

Wuduk hingga ke bawah dagu?

Assalamualaikum wr wb.
Soalan:
Semasa mengambil air sembahyang, ketika menyapu muka..kawasana manakah yang mesti diratakan air itu??adakah termasuk kawasan dibawah dagu??.
Terima aksih
kHaiRuL fAdhLi

Jawapan:
Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu hingga ke siku......... (baca sehingga akhir ayat surah al-Maidah:6)
Berdasarkan ayat di atas yang wajib dibasuh (bukan sapu sebagaimana yang disebut di dalam soalan) adalah seluruh bahagian muka sehingga ke bawah dagu sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak ada bahagian yang tertinggal.
Allahu A'lam.

No comments: