Friday, April 29, 2005

Kaitan aurat dan kes jenayah seksual

Soalan:

Assalamualaikum

Saye merupakan salah seorang pembaca tulisan anda mengenai persoalan yg cuba anda bangkitkan mengenai tudung wanita dan kesannya kepada jenayah rogol. Saya melihat bahawa, secara tidak langsung, anda menggambarkan bahawa faktor bertudung adalah tidak mempunyai kaitan secara langsung mengenai permasalahan ini... tapi... saya fikir anda sememangnya sudah mengetahui maksud ayat dalam An-Nur, dan saya tidak ingin membicarakan tentang itu, tetapi hukuman Allah, tidak boleh dipermudahkan.

Apa yang ingin saya katakan disini ialah, macamana kaum lelaki ingin menghormati kaum wanita yang tidak mengendahkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah? Jikalau bebanan sekecil itupun, kaum wanita tidak berupaya untuk mengikutinya, usahkan yang lain-lain lagi. Inilah bala yang Allah cuba turunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Masalahnya, golongan yang beriman juga yang turut merasai ancaman ini, sedarlah wahai hamba yang selalu mengingkari apa yang ditetapkan oleh Allah. Sekian..

rsmd_othm@yahoo.com>

Jawapan:

Saudara rsmd_othm yang memberikan respon kepada artikel tulisan Masyarakat bermoral cegah jenayah seksual. Terima kasih kerana sudi memberikan respon. Saya berbesar hati membaca input dari saudara. Penjelasan saya adalah dalam tulisan `italic'.....

Assalamualaikum ( Wa alaikumussalam wr. wb)

INPUT DR. HARLINA : Sememangnya saya tidak sesekali mempermudahkan hukuman Allah SWT. Sebagai seorang yang sudah menutup aurat selama lebih 17 tahun, semenjak baligh pada usia 12 tahun, saya amat yakin dengan hikmah dan keisitimewaan perintah Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31 tersebut. Saya amat yakin dengan sandaran dalil naqli tersebut dan juga amat jelas dengan sebarang penjelasan akal ( dalil aqli) yang menyentuh ttg. hikmah pemakaian tudung kepala.

soalan rsmd_othm@yahoo.com> apa yang ingin saya katakan disini ialah, macamana kaum lelaki ingin menghormati kaum wanita yang tidak mengendahkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah? jikalau bebanan sekecil itupun, kaum wanita tidak berupaya untuk mengikutinya, usahkan yang lain-lain lagi.

INPUT DR. HARLINA : Saya amat berharap saudara juga membaca artikel kedua di bahagian bawah ruangan WWI pada hari Rabu tersebut 27 April 2005, yang berjudul - Suruhan menutup aurat utk. kebaikan lelaki dan wanita. Sebenarnya artikel kedua itu juga tulisan saya, yang merupakan penerusan artikel pertama yang saudara baca. Asalnya ia satu artikel yang sama, editor ruangan Agama BH telah memisahkannya. Kalau saudara baca seterusnya artikel kedua itu, saya yakin saudara akan dapati saya memperjelaskan ttg asas hubungan lelaki dan wanita mengikut pandangan Islam. Kedua-duanya mesti sama-sama hormat-menghormati dan bantu membantu dalam aspek peningkatan iman dan takwa. Konsep kecantikan yang sebenarnya menurut Islam - antara kecantikan haiwaniyah dan insaniah. Memanglah, sekiranya lelaki dan wanita itu mendedahkan aurat dan menonjolkan kecantikan haiwaniahnya, dia tidak menghormati dirinya sendiri selaku seorang manusia yang dimuliakan Allah, wajarlah masyarakat juga tidak menghormatinya. Tapi sudah tentu saudara juga setuju, tak haruslah ketidakhormatan seorang lelaki terhadap wanita yang mendedahkan auratnya itu dizahirkan dengan cara memperkosa dan mencabul kehormatan wanita itu. Tidak wajar sekali seorang perogol itu mengatakan kepada mangsanya, ` Ha padan muka, siapa suruh dedahkan aurat kamu depan aku. Kan dah kena raped! .... Lelaki beriman dan bertakwa tentunya tidak akan mengizinkan gejala maksiat dan mungkar tersebut berleluasa. Akhirnya, jelaslah tanggungjawb moral terletak di atas pundak kedua-dua lelaki dan wanita. Maha Adilnya Allah SWT. Surah An Nuur menyentuh bab ini dalam dua ayat berasingan dan berturutan ( ayat 30 utk. lelaki beriman) dan ayat 31 ( utk. wanita beriman).

Sebenarnya saudara, bagi seorang wanita yang sukakan kecantikan, bukanlah kecil dan mudah peraturan asas menutup aurat ini. Ia perlu kepada kekuatan iman dan keteguhan azam. Sebagaimana juga lelaki, bukanlah perkara kecil dan mudah mahu menundukkan pandangan dari melihat sesuatu yang haram, terutamanya dalam zaman hari ini.

rsmd_othm@yahoo.com> Inilah bala yang Allah cuba turunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Masalahnya, golongan yang beriman juga yang turut merasai ancaman ini, sedarlah wahai hamba yang selalu mengingkari apa yang ditetapkan oleh Allah.

INPUT DR.HARLINA : Marilah kita menjalankan peranan NAHI MUNGKAR dengan pendekatan terbaik agar ianya meninggalkan sedikit kesan kepada masyarakat yang semakin berani ingkar kepda perintah Allah SWT. Pendekatan dakwah ternyata yang terbaik jika dibandingkan sekadar mengikut pendekatan hukuman. Marilah kita terus berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kita kekuatan utk. menjadi anasir yang membina masyarakat ini, bukan meruntuhkannya. Amin

Wallahua'lam

Dr. Harlina Halizah Siraj

2 comments:

Anonymous said...

islam is a holistic and balanced lifestyle religion. from what you do, what you eat, how u behave, where you go, what you read and others. everyone must do their part. the muslims can do everything as in the Book, but if what outside of malaysia are still in the jahil state and zulum happens everywhere, can we condone ourselves not to do zulum as well? lets not pinpoint to any gender. we all as ummah must work together towards islam. malaysia is just a muslim country because it is predominantly filled up by malays. malays just happened to be born as muslim but not all of them have islamic believes ie there are many unbelievers out there. it is not only the muslimin and muslimah need to change but the country must make a change towards islam. we as the khalifah , we need to show to the world that islam is universal and islam put women on the higher par than men. allah says, "jannah is under the feet of your mother". because of that the women must see that they must carry and protect the status of women. given that privilege of jannah to women, of course muslim women must carry their responsibilities well and be respected. And men, being given the only one nafs compare to women of having many nafs, these are the differences that both genders must understand. the greatness of allah. all these have reasons and it is our duty to understand why at the end of the day we are all equal except for the weight of our faith.

Anonymous said...

Assalamualaikum, di kesempatan yg agk terbatas ini sy teruja utk menyapa jwpn pesimis penulis mengenai tjk berkaitan.terlebih dulu, sy setuju dgn pendapat rsmd_othm@yahoo.com. wajarkah seorg muslimah masih tdk yakin dgn perintah Allah? jika sudah amarNya begitu, mesti tidak kita kena langsaikan. sebagaimana wanita2 ansor ketika turunnya ayat hijab maka sepantas mungkin mrk mengenakan sebarang kain yg berhampiran bg menutup aurat2 yg sepatutnya dijaga drpd pandangan lelaki ajnabi. masalah org sekarang susah nak ikut syariat/tidak itu serah pd Allah. yg penting ada usaha drpd kita utk sedarkan masyarakat hak2 mrk sbg hamba kpd Allah swt. jgn nanti di akhirat kelak, khalayak kita ini akn dipersalahkan oleh masy. yg jahil ini mengapa tdk beritahu apa isi al-quran sebenar? kenapa berdolak dalih ttg hukum aurat? kenapa tak beri peluang 'kami' hayati ISLAM yg sebenar? fikir2kanlah wahai wanita JIM khususnya dan masy. seluruh amnya.
lihat Maryam:96..wslm